JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIT PENGURUSAN SUMBER DAN MAKLUMAT
PERPUSTAKAAN ABDULLAH MUNSYI
KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
THINK SUCCESS, THINK KV BINTULU
STATISTIK PENGUNJUNG GOOGLES SITES PERPUSTAKAAN ABDULLAH MUNSYI, KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
DUNIA KAMI TAMAN ILMU UNTUK ANDA
OUR WORLD IS YOUR GARDEN OF KNOWLEDGE
JOURNEY TO EXCELLENCE BEGINS HERE
BORNEO INNOVATION AND INVENTION COMPETITION (BIIC) 4.0
Kolej Vokasional Bintulu is proud to present the Borneo Innovation and Invention Competition (BIIC) 4.0. Under the theme ”AI & Green Technology”, this hybrid competition serves as an excellent platform to showcase your innovative ideas and creative solutions.
Event details are as follows:
Event Duration: 1 June – 24 October 2026
Format: Hybrid
Categories & Registration Fees:
• Junior (Primary / Secondary School / SVM): FREE
• Tertiary & Professional (Public/Private Universities, Skills Training Institutions, DVM): RM 100 (Malaysian) / 100 USD (Non-Malaysian)
Important Timeline:
01.06 - 27.09.2026: Registration & Video Submission
28.09 - 01.10.2026: Project Assessment (Qualification to Final Stage)
02.10.2026: Final Stage Qualified Participant Announcement
08.10.2026: Finalist Project Presentation
24.10.2026: Innovation Exhibition & Closing/Award Ceremony
Exciting prizes including Cash Prizes, Plaques, Medals, and E-Certificates await the winners! Scan the QR codes on the poster to register, or visit: BIIC Official Website.
PAJSK Provided
For further inquiries, please contact the secretariat:
Mr. Hushaini bin Hashim: 019-5874952
Mr. Stanley Juman Tiga anak Julis: 014-8875356
Program Teknologi Elektrik KV Bintulu telah menghantar 10 projek inovasi ke Pertandingan Inovasi PNiCC Peringkat Kebangsaaan 2026. Daripada 10 projek inovasi tersebut, satu projek bertajuk "Sistem Penyaring Berasaskan Arduino Untuk Kegunaan Petani Kecil" telah terpilih sebagai peserta akhir pertandingan tersebut dan seterusnya menjadi Top 5 projek inovasi dibawah kategori Sains Teknologi dan telah berjaya mendapat Pingat Emas.
Projek diinovasi oleh pelajar Valantine Abi, Cornelilius Emmorie, Jennefer Ho, Darryn Mckenzie & Abraham Jason dan diselia dibawah Encik Muhamad Fikrizulhaq. Tahniah diucapkan! Enam Kumpulan yang diselia dibawah Puan Nor Ras Amierra, Ts Faisnoor, Cik Suzieyana, Ts. Hasmaniza, Cik An'Umillah dan En Gabriel Angkui telah berjaya merangkul Pingat Perak dalam pertandingan tersebut. Manakala 3 kumpulan selebihnya yang diselia Cik An'Umillah dan Puan Famiza telah merangkul Pingat Gangsa. Semoga Kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya, berinovasi dan mencapai lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.
APA KATA MEREKA TENTANG PERPUSTAKAAN ABDULLAH MUNSYI?
VIDEO PERPUSTAKAAN ABDULLAH MUNSYI
SEJARAH GOOGLES SITES PERPUSTAKAAN ABDULLAH MUNSYI, KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
Googles Sites Perpustakaan Abdullah Munsyi telah dibangunkan sejak tahun 2017. Perpustakaan Abdullah Munsyi, Kolej Vokasional Bintulu antara kolej yang terawal memberi pendedahan akan penggunaan googles sites dalam penyebaran maklumat. Idea membangunkan googles sites ini adalah dapatan dari universiti dan kolej yang ada di luar negara.
Perpustakaan Abdullah Munsyi mengambil inisiatif dan berusaha menjadikan Googles Sites sebagai akses yang lebih baik dan pantas dalam penyebaran sumber-sumber perpustakaan kepada pelajar, terutamanya dalam bentuk digital. Pada tahun 2021, kita telah menghimpunkan gogles sites dan link-link yang penting dalam pengurusan perpustakaan dalm Mylink dan Mylink Perpustakaan Abdullah Munsyi dapat diakses menggunakan pencarian Googles. Dalam perkembangan teknologi, pelajar boleh memanfaatkan penggunaan pelbagai sumber digital termasuk akses kepada googles sites yang telah disediakan oleh pihak pengurusan perpustakaan.
Pembangunan googles sites untuk perpustakaan kolej merupakan langkah strategik dalam meningkatkan akses dan kemudahan pembelajaran bagi pelajar. Pada bulan Ogos 2024, kita telah memuat turun Google Sites Perpustakaan Abdullah Munsyi ke akaun Delima dan secara langsung gogles sites ini boleh diakses melalui akaun delima pelajar. Ia membolehkan Perpustakaan Abdullah Munsyi, Kolej Vokasional Bintulu menjadi lebih dinamik, responsif kepada keperluan pelajar, dan relevan dalam era digital.
PAGES TERBARU DALAM GOOGLES SITES PERUSTAKAAN ABDULLAH MUNSYI
Kita telah menambah satu Page lagi dalam Googles Sites pada tahun ini iaitu PAGE: KOLEJ VOKASIONAL SUCCESS STORIES: CAREER, CHAMPIONSHIP, INNOVATION AND KV SKILLS. Dalam Page ini kita telah berkongsi berita kegembiraan akan kejayaan pelajar dan pensyarah dalam bidang inovasi, akademik dan ko-kurikulum. Link Pages ini boleh diakses di bawah:
KOLEJ VOKASIONAL SUCCESS STORIES
PAMERAN BERTEMA DIGITAL
PAMERAN BERTEMA: PERAYAAN HARI GAWAI
PAMERAN BERTEMA: PUASA DI BULAN RAMADAN
PAMERAN BERTEMA: PERAYAAN TAHUN BARU CINA
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR TAHUN 1 KOHORT 2026
Unit Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu mengucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah kerana dipilih dan bergelar pelajar Kolej Vokasional Bintulu. Anda adalah sekumpulan kecil yang terpilih dari beribu-ribu yang mengimpikan tempat untuk menjadi pelajar Kolej Vokasional Bintulu.
Setiap insan yang bergelar pelajar pastinya bermatlamatkan misi untuk mencapai kecemerlangan yang akan memberi manfaat kepada diri anda dan semua yang berada di sekeliling anda. Ibu bapa, ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, masyarakat dan negara semuanya menaruh harapan ke atas anda yang sudah bergelar warga Kolej Vokasional Bintulu. Semoga anda bersemangat untuk mengerah tenaga mengilhamkan harapan dan mencipta masa depan agar kehidupan kini dan mendatang lebih makmur dan berkualiti. Manfaatkan peluang yang amat istimewa ini, jadilah seorang pelajar yang cemerlang, berdaya saing, bertanggungjawab, beretika dan bersahsiah terpuji.
Unit Pusat Sumber mengucapkan selamat menuntut ilmu dan berikan yang terbaik demi membina sahsiah dan minda yang hebat.
PROGRAM MEMBACA BERSAMA-SAMA PELAJAR TAHUN 1
PENGAWAS PERPUSTAKAAN
Kementerian Pendidikan juga menyediakan beberapa portal pembelajaran seperti Webinar dan Eduweb TV untuk guru-guru. Teach for Malaysia pula telah berkolaboratif dengan Yayasan YTL untuk membina kandungan pembelajaran dalam talian bagi memastikan semua pelajar di Malaysia dapat terus mengikuti pembelajaran dari rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19 melalui aplikasi FrogPlay Mobile. Selain itu, Perpustakaan Negara juga menyediakan eLib e-Book Portal untuk mengalakkan pinjaman buku atas talian secara percuma
KPM menjalankan pelbagai kursus bagi menyediakan pensyarah dengan kemahiran menggunakan pelantar pembelajaran digital serta membina bahan pengajaran. Perkembangan yang positif ini juga dapat dilihat apabila ramai pensyarah mampu menyediakan bahan pembelajaran digital mereka sendiri untuk digunakan murid dan dikongsi dengan rakan guru lain. Ini boleh dilihat melalui kewujudan kumpulan tertentu, khusus bagi membantu rakan sekerja yang pakar seperti CikgooTube, kumpulan Telegram, Google Classroom Malaysia dan Facebook Guru Perpustakaan dan Media. Peralatan TMK dan internet bukan sesuatu yang baharu, malahan mereka sudah terdedah dengan pelbagai aplikasi dalam talian yang lebih interaktif. Oleh itu, kemahiran dan kecekapan pensyarah untuk menghasilkan bahan pembelajaran yang menarik menggunakan pelantar pembelajaran dalam talian akan mempengaruhi tahap penerimaan murid generasi masa kini.
Perpustakaan Abdullah Munsyi, Kolej Vokasional Bintulu juga mengambil inisiatif menyediakan googles sites ini untuk memberi galakan kepada setiap pelajar mengakses semua maklumat dalam pelbagai format dan kandungan ilmu pengetahuan. Pelajar Kolej Vokasional Bintulu digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber dan rujukan teknologi sebagai usaha baru untuk mereka menyelesaikan masalah dan mendapatkan informasi tentang akademik dan maklumat dalam bidang yang bersesuaian dengan program pelajar di Kolej Vokasional Bintulu.
Kami dari Unit Pusat Sumber secara aktif membantu pensyarah sebagai pemudah cara bagi pelajar menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh setiap program. Jangan lepaskan peluang untuk mengakses bahan e-book yang ada di dalam googles sites ini. Unit Pusat Sumber berharap guna sama kemudahan pusat sumber antara staf dan pelajar adalah secara berterusan dalam membekalkan sumber maklumat. Selaras dengan kemajuan berterusan perkhidmatan dan sumber, ahli jawatankuasa pusat sumber sentiasa diberi latihan terkini tentang pengurusan perpustakaan.
Ketua Unit Pengurusan dan Maklumat
ISNIN ~ KHAMIS 7.30 PAGI ~ 12.30 TGH 12.30 TGH ~ 1.30 PTG 1.30 PTG ~ 4.30 PTG
JUMAAT 7.30 PAGI ~ 11.30 PAGI 11.30 PAGI ~ 2.30 PTG 2.30 PTG ~ 4.30 PTG
SABTU & AHAD TUTUP
Hubungi Kami:
PERPUSTAKAAN ABDULLAH MUNSYI
Kolej Vokasional Bintulu
KM 12, Jalan Tanjung Kidurong,
97000 Bintulu, Sarawak
E-mel: perpustakaanabdullahmunsyi@gmail.com
Perpustakaan Abdullah Munsyi
Webmaster: DNS Googles Sites telah dibangunkan sejak 2017
Tarikh kemas kini: 15 JULAI 2026