Hubungkait ini berlaku antara kurikulum kebangsaan, kurikulum sekolah dan kurikulum bilik darjah. Gabungan ketiga-tiga kategori kurikulum ini dibentuk bagi mencapai matlamat menyeluruh dalam pembentukan warganegara yang dihasratkan.
Kurikulum Kebangsaan:
Kurikulum ideal dan rasmi yang dihasratkan iaitu suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Peringkat Pelaksanaan: Peringkat negara dan pelaksanaan secara seragam.
Contoh: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) , Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Kurikulum Sekolah :
Kurikulum sebenar yang dilaksanakan pada peringkat institusi berpandukan kepada Kurikulum Kebangsaan peringkat pelaksanaan peringkat sekolah / institusi.
Contoh: Kurikulum Sekolah Sukan, Kurikulum Sekolah Seni, Kurikulum Kolej Vokasional, Kurikulum Sekolah Agama
Kurikulum Bilik Darjah :
Kurikulum yang dioperasikan oleh guru-guru pada peringkat bilik darjah menerusi perancangan pelaksanaan dan penilaian. Pengajaran dan pembelajaran guru-guru menterjemahkan hasrat pendidikan negara menerusi pengajaran mata pelajaran peringkat pelaksanaan peringkat bilik darjah kelas.
Sebagai contoh, kurikulum bagi mata pelajaran Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Inggeris, Geografi, Agama Islam dan sebagainya.
Kesimpulannya, terdapat tiga kategori kurikulum yang bermula dengan kurikulum kebangsaan yang merupakan kurikulum utama negara yang membentuk matlamat menyeluruh terhadap pembentukan warganegara yang dihasratkan.
Terdapatnya perbezaan jenis dan aliran sekolah, prasarana dan kemudahan sekolah dan kepakaran guru, maka kurikulum sebenar yang dilaksanakan dikenali sebagai kurikulum sekolah. Manakala kepakaran guru dalam mengoperasikan pengajaran dan pembelajaran dikenali sebagai kurikulum bilik darjah. Ketiga-tiga kurikulum tersebut mempunyai hubungkait yang sangat erat.