Interaksi ini adalah antara pengurusan, kurikulum dan bilik darjah.
Pengurusan boleh ditakrifkan juga sebagai "teacher as a manager":
make appropriate choices of goals, materials and learning processes for students. One who is principally responsible for making in the actual desision as to which strategy and which material are best suited for a particular student or a group of them (Clegg, 1973).
Pengurusan kurikulum juga merupakan set reka bentuk aktiviti yang distrukturkan untuk menilai dan mengubahsuai kurikulum yang digunakan melibatkan proses pemetaan kurikulum, analisis struktur & kandungan, pentaksiran dan penilaian.
Pengurusan bilik darjah kadang-kadang boleh dijadikan kebiasaan. Pengurusan bilik darjah adalah tanggungjawab guru dan dilihat dari segi aspek :
1. Modeled 2. Explained 3. Practiced 4. Reinforced by periodically practicing again.
Kurikulum bilik darjah juga boleh dikatakan sebagai keputusan guru berdasarkan bukti tentang pembelajaran pelajar dan amalan pembelajaran yang berkesan.
Pengurusan kurikulum bilik darjah adalah merancang kurikulum serta mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar dan menjangka kemungkinan masalah.
Kesimpulannya, pengurusan dan kurikulum merupakan dua disiplin ilmu yang digabungkan. Kurikulum perlu diuruskan dengan sistematik supaya matlamat dan objektif tercapai secara berkesan. Bilik darjah merupakan prasarana yang diadakan di institusi pendidikan sebagai ruang tempat berlakunya proses mengurus kurikulum. Bilik darjah yang kondusif menjadikan penterjemahan kurikulum dapat dilaksanakan dengan selesa dan berjaya.