AKSES
100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020
- Semua kanak-kanak berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan
EKUITI
50% pengurangan dalam jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi, pencapaian gender menjelang 2020
- Sistem pendidikan berprestasi tinggi yang menyediakan pendidikan terbaik kepada kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi
KUALITI
Negara Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun
- Semua kanak-kanak berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan setanding dengan pendidikan negara maju
PERPADUAN
Menjana suatu sistem pendidikan yang yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia
KECEKAPAN
Sistem pendidikan telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan. Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan semasa