FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
MISI PENDIDIKAN
Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
WAWASAN 2020
Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri. Perlu menghadapi 9 cabaran :
Membentuk sebuah negara yang bersatu padu
Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri
Membangunkan masyarakat demokratis yang matang
Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya
Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran
Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif
Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang
Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya
Mewujudkan masyarakat yang makmur