1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
Melancarkan pelaksanaan kurikulum sekolah rendah (KSSR) dan kurikulum sekolah menengah (KSSM)
Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang tahun 2020
Menetapkan tanda aras keupayaan dalam Kemahiran Membaca, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa
Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pada 2016
Melahirkan murid yang mampu menganalisis maklumat, berfikiran kritis, mengaplikasikan ilmu secara kreatif dan mampu berkomunikasi dengan berkesan
Fokus kepada tahap keberhasilan murid dan sistem pembelajaran yang baik supaya murid mempunyai daya saing di peringkat dunia
2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
Penambahan guru bahasa tambahan (Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab) untuk mengajar subjek tersebut
Memantapkan penguasaan Bahasa Melayu di semua jenis sekolah dan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah
Kelas Peralihan di sekolah menengah dimansuhkan dan diganti dengan sokongan pemulihan intensif
Penekanan kepada aspek penguasaan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program LINUS diperluas supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan lain menjelang 2025 untuk meningkatkan peluang menyertai tenaga kerja global
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017
Mengembangkan prestasi murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform
Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi
4. Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan
Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% terbaik dan teratas
Meningkatkan kualiti Continuous Profesional Development (CPD) mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah
Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016
Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014
Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar
Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013
Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013
Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
8. Tranformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian
Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013
Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014
Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013
Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah
Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
Memperluas Model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penganjur
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan
Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013
Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya