MISI PIPP
MATLAMAT PIPP
'Merintis Pembaharuan : Satu Misi Nasional'
Menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua menerusi penyediaan peluang pendidikan yang adil dan saksama dan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk ke tahap yang lebih tinggi.
TERAS STRATEGIK PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
TERAS 1: Membina Negara Bangsa
Fokus : membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri global , patriotik & cintakan negara, menyanjung & menjunjung warisan budaya dan keseneian bangsa.
Pelaksanaan : Memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin murid, menggiatkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan murid.
Contoh Pelaksanaan :
Sekolah swasta dilibatkan dalam aktiviti bagi Teras 1
Penyertaan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum
Konsep perpaduan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pendidikan
Menerapkan nilai-nilai kekitaan dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah
Fokus dalam memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris
Mewujudkan pasukan beruniform di sekolah yang melibatkan murid pelbagai kaum
TERAS 2: Membangun Modal Insan
Fokus : tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri murid. Teras ini juga berhasrat melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran
Pelaksanaan : Menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin murid serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
Contoh Pelaksanaan :
Penyediaan profit murid untuk mengenalpasti tahap penguasaan
Fokus membangun modal insan holistik berfikiran kreatif dan inovatif
Key Performance Index (KPI) ke atas peningkatan kadar literasi murid
Penggunaan modular dan pelbagai kaedah pengajaran untuk penguasaan 3M
Penekanan kepada pembangunan nilai, etika dan jati diri, daya kreatif dan inovasi serta kepimpinan dan keusahawanan
TERAS 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Fokus : Memperkasakan sekolah kebangsaan supaya menjadi pilihan utama masyarakat.
Pelaksanaan : Sekolah Kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan TMK. Sekolah dibekalkan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
Contoh Pelaksanaan :
Peningkatan pencapaian akademik untuk daya tarikan ibubapa
Guru terlatih mencukupi mengikut opsyen terutama di luar bandar dan pedalaman
Pengetua/Guru Besar diberi tempoh percubaan selama setahun untuk capai KPI
Semua sekolah menekankan keperluan asas infrastruktur lengkap dan berfungsi
Pengarah JPN diberi kuasa untu membuat redeployment guru-guru Bahasa Inggeris ke sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman
TERAS 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Fokus : Merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian murid serta keciciran
Pelaksanaan : Membangunkan kemudahan insfrastruktur pendidikan di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. Lebih banyak bantuan kepada murid miskin, bekeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Contoh Pelaksanaan :
Asrama desa dan asrama harian diperluaskan
Definisi bandar dan luar bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Sekolah-sekolah pinggir bandar juga perlu diberi tumpuan dengan mengambilkira kesesakan murid dan keperluan asas serta guru
Peluasan prasekolah dikaji semula bagi memastikan kanak-kanak yang terpinggir (reaching the unreach) disediakan pendidikan prasekolah
Guru cemerlang perlu berada di sekolah masing-masing sekurang-kurangnya empat hari seminggu dan satu hari sahaja dibenarkan keluar untuk tugas
Dasar penempatan guru permulaan dalam mata pelajaran kritikal di kawasan luar bbandar dan pedalaman hendaklah dianggap sebagai satu khidmat negara
TERAS 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan
Fokus : Memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan
Pelaksanaan : Menaiktaraf maktab perguruan kepada institusi pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru
Contoh Pelaksanaan :
Elaun khas kepada guru berdasarkan performance-based
Program motivasi untuk menyegarbugarkan guru-guru yang telah lama berkhidmat
Semua pentadbir memakai lencana (badge) seperti ' Saya Agen Perubahan' atau 'Saya Guru Berkualiti' mulai tahun 2010
Memperkenalkan konsep tour of duty dengan memberi markah bonus untuk urusan kenaikan pangat bagi guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman
Mewujudkan pusat latihan ( seperti Pusat Kokurikulum ) bagi menanamkan sikap positif kepada guru permulaan serta guru yang telah berkhidmat lebih lima tahun
TERAS 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Fokus : Memastikan institusi pendidikan di Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa
Membentuk Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus. Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, menawaran pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa ada menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia
Contoh Pelaksanaan :
Semua Pengetua/Guru Besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80 peratus sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut
Pelantikan guru dan jurulatih si SKK mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam bidang kebitaraan masing-masing
80 peratus murid daripada SKK perlu cemerlang dalam bidang kebitaraan sekolah tersebut pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Menyediakan mekanisme penilaian bagi membolehkan murid menilai guru dan dan guru menilai pihak pentadbir sekolah untuk tingkatkan kecemerlangan SKK
Memantapkan jaringan kerjasama pelbagai pihak tempatan dan luar negara seperti universiti awam/Institusi pengajian tinggi swasta bagi melonjakkan SKK mengikut bidang kebitaraan masing-masing.