Kami amat berharap agar maklumat yang disampaikan dapat memberi faedah kepada semua. Untuk sebarang cadangan penambahbaikan, maklumbalas dari anda sangat kami hargai.
Nyamuk tidak suka kawasan panas, kering dan akan bersembunyi pada waktu siang.
Nyamuk suka kawasan yang lembab, matahari akan menyebabkan nyamuk menjadi kering dan akan bersembunyi di kawasan redup.
Nyamuk tidak suka kawasan berangin yang menyebabkan ianya susah untuk terbang.
Kawasan yang paling banyak nyamuk ialah kawasan yang berhampiran dengan tempat persembunyian.
Nyamuk boleh terbang dalam jarak 200-400m dari tempat persembunyian & tempat pembiakan. Rujuk infografik.
Ini untuk pencegahan segera dari seluruh komuniti memandangkan jangkitan kedua / jangkitan komuniti kebiasaannya disedari hanya selepas 2 minggu dari kes pertama. Rujuk diagram di bawah tempoh pengeraman di dalam badan nyamuk ('Extrinsic Incubation Period') dan badan manusia ('Instrinsic Incubation Period').
Mohon kerjasama seluruh komuniti untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menutup lubang TM Unifi menggunakan polystyrene atau meletakkan abate secara berkala. Tonton video ini untuk maklumat lanjut hasil siasatan bersama pihak PKD dan komuniti pada 12 Mar 2021.
Langkah pencegahan untuk musnahkan tempat pembiakan amalan penting. Maklumkan kepada komuniti anda sekiranya terjumpa tempat pembiakan agar perkara sama dapat di buat oleh seluruh komuniti U16/COE untuk bertindak di kawasan lain
🦟 Nyamuk betina bertelur 100-200, dari proses telor, larva, pupa & imago selama 7 hari, lebih kurang 15-30% akan menjadi nyamuk dewasa. Setiap nyamuk betina mampu bertelur 5 kali sepanjang hidupnya.
🦟 Nyamuk dewasa boleh hidup antara 2 minggu hingga sebulan, bergantung kepada keadaan cuaca.
🦟 Nyamuk jantan hanya hidup beberapa hari selepas mengawan.
🦟 Hanya nyamuk betina yang menghisap darah manusia dan haiwan. Nyamuk dewasa mendapatkan makanan melalui jus tumbuhan.
🦟 Nyamuk aedes mempunyai kelebihan unik, iaitu boleh melakukan jangkitan secara transovarial di mana nyamuk dewasa akan menyimpan virus denggi dalam ovari selepas menggigit pesakit denggi dengan setiap kali telur yang dihasilkan akan mempunyai virus di dalamnya.
🦟 Tempoh pengeraman virus denggi di dalam badan nyamuk ialah 8-12 hari sebelum boleh berjangkit kepada manusia.
🦟 Tempoh pengeraman virus denggi di dalam badan manusia ialah 3-14 hari sebelum menunjuk symptom. Aedes boleh berjangkit sama ada terdapat symptom atau tidak.
🦟 Telor nyamuk boleh bertahan selama 6 bulan sekiranya tiada air.
🦟 Nyamuk boleh terbang antara 200-400 meter.
🦟 Nyamuk membiak tempat air bertakung yang jernih.
🦟 Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP) dimana pasukan akan mencari tempat pembiakan di kawasan persekitaran dan dalam kawasan rumah.
🦟 Larvaciding dimana aktiviti semburan racun untuk membunuh larva tempat pembiakan nyamuk.
🦟 Semburan Ruang Termal (SRT) / fogging untuk membunuh nyamuk dewasa sahaja.