Kami amat berharap agar maklumat yang disampaikan dapat memberi faedah kepada semua. Untuk sebarang cadangan penambahbaikan, maklumbalas dari anda sangat kami hargai.
Laman ini merupakan common platform yang berfungsi sebagai saluran maklumat dari wakil wakil Komuniti dan NGO serta semua pihak yang berkepentingan kepada seluruh penduduk untuk apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan bersama seluruh lapisan masyarakat yang dikendalikan oleh wakil-wakil komuniti secara sukarela termasuk Komuniti Bukit Subang, Denai Alam, Elmina East dan Elmina West.
Dengan anggaran jumlah penduduk semasa berjumlah 45k (sehingga Dis 2022) dan anggaran keseluruhan sebanyak 150k apabila semua kawasan dibangunkan, penyampaian maklumat yang lebih berkesan adalah perlu agar seluruh komuniti mendapat maklumat terkini dan tepat untuk apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan bersama.
Bandar City of Elmina terbahagi kepada 3 seksyen iaitu Seksyen U16, Seksyen U15 dan Seksyen U17 yang telah dan sedangkan dibangunkan oleh pihak Sime Darby Property berkonsepkan ‘sustainable development‘ yang melibatkan keluasan keseluruhan 5,000 ekar dan antara kemudahan utama apabila siap sepenuhnya termasuk kemudahan 90km cycling + jogging track, 300 ekar Elmina Central Park yang meliputi community park, forest park, cultural park, urban park dan sport parks