Kami amat berharap agar maklumat yang disampaikan dapat memberi faedah kepada semua. Untuk sebarang cadangan penambahbaikan, maklumbalas dari anda sangat kami hargai.
Ruang dan peluang kepada seluruh lapisan masyarakat untuk bertindak secara kolektif dalam pembangunan komuniti adalah amat penting sebagai usaha bersama memperkasa dan memupuk semangat perpaduan dikalangan komuiniti agar segala perancangan, idea, perbincangan, komunikasi, keputusan dan tindakan yang dibuat adalah lebih berkesan dalam mencapai matlamat komuniti mampan.
Berikut merupakan framework pengagihan bebanan, tugas dan tanggungjawab bagi usaha-usaha awal yang dikategorikan kepada satu (1) tahap penduduk , tiga (3) pemimpin komuniti dan satu (1) tahap pihak berkuasa
Tahap Individu / Keluarga
🙋♂️Tahap 1 (Seluruh Penduduk Denai Alam, Bukit Subang, Elmina East & West)
Tahap Pemimpin Komuniti
🆑Tahap 2 / Setempat (RA, RT, JMB, NGO)
🆑️Tahap 3 / Global (Persatuan Penduduk Induk atau Gabungan Komuniti atau NGO melibatkan kepentingan penduduk Bukit Subang, Denai Alam, Elmina East dan West)
🆑Tahap 4 / Common (Gabungan Komuniti atau NGO melibatkan kepenting keseluruhan penduduk City of Elmina)
Tahap Pihak Berkuasa
🆑️Tahap Kayangan / Pihak Berkuasa (Perkara melibatkan dasar PBT, Jabatan, Kerajaan Negeri, Kementerian, Kerajaan Pusat)
Nota
🙋♂️ Tindakan individu
🆑 Tindakan secara kolektif
Kerjasama semua lapisan masyarakat untuk mengambil peranan dan tanggungjawab dalam aliran komunikasi terurus menjadi satu titik permulaan dalam memantapkan lagi usaha mendayaupaya komuniti (community empowerment) menuju ke arah komuniti mampan.
Kami mohon kerjasama dan keperahatinan seluruh lapisan masyarakat untuk bertindak demi kesejahteraan bersama.