GAMIFIKASI KAD PAKAR

OBJEKTIF INOVASI

Gamifikasi Kad PAKAR dalam KIT SBAK dikemukakan supaya :

3.1 Pengguna dapat menguasai keusahawanan sebagai elemen merentas kurikulum Bahasa Melayu bagi mewujudkan suasana rancak dan menarik dalam permainan.

3.2 Pengguna dapat membuat keputusan yang bijak dan bersaing secara sihat untuk memenangi pertandingan

3.3 Pengguna berminat mengikuti pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu

3.4. Pengguna dapat dibantu menguasai pembinaan ayat dan ragam ayat BM dan menguasai Kata Kerja dengan baik

3.5. Membantu pengguna mengaplikasikan pengetahuan tatabahasa dalam permainan bahasa

PERMAINAN KAD PAKAR SBAK

    • KAD PAKAR SBAK merupakan permainan bahasa untuk menguji kefahaman dan melatih murid mengaplikasikan kaedah SBAK semasa menjawab persoalan.

Cara bermain kad PAKAR

a. Sebuah permainan dimainkan seramai 4 orang yang mempunyai watak² tersendiri.

b. Cara permainan adalah hasil tambah baik daripada permainan UNO dan jutaria namun diinovasikan dengan pendekatan bertema dan elemen keusahawanan.

c. Pemain akan diedarkan panduan permainan dan nota kaedah SBAK sebelum memulakan permainan.

d. Para pemain bermain mengikut giliran dan perlu menjawab soalan sukar,mudah, menanggung rugi, menikmati untung sepanjang permainan.

e.Pemenang dikira setelah pemain berjaya memenuhkan kesemua 4 peringkat musim dalam papan gedung hasil masing².

· Untuk gambar rujuk lampiran