PENGENALAN INOVASI KIT SBAK

Siapa-Buat-Apa-Keterangan

Dalam dunia bahasa Melayu, pengenalan kepada kata kerja amat penting untuk membantu murid mengenal struktur tatabahasa supaya dapat membina ayat yang betul. Kajian rintis di sekolah rendah, menengah, dan IPG menunjukkan kelemahan pelajar dalam menguasai penggunaan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif dalam silibus mereka. Maka, kaedah SBAK (Siapa-Buat-Apa-Keterangan) diperkenalkan untuk membantu murid menyelesaikan masalah dalam membina ayat, membezakan jenis-jenis kata kerja sama ada kata kerja transitif mahupun kata kerja tak transitif, mempasifkan dan mengaktifkan ayat dalam bahasa Melayu. Pergerakan kedudukan SBAK dapat membentuk pelbagai rumus, seperti SBAK menjadi ASBK atau ABSK, apabila mempasifkan ayat aktif.

Pendekatan kaedah SBAK merupakan satu solusi kepada kata kerja telah menggabungjalinkan bahan bantu mengajar (BBM) iaitu ‘Kit SBAK’ dalam proses pdpc di dalam bilik darjah berdasarkan DSKP KSSR BM. Pendekatan BBM ‘Kit SBAK’ yang mengandungi roda pusingan kata kerja SBAK bersama booklet padanan dapat dijadikan bahan untuk proses pengayaan dan pemulihan. Kit ini juga bersifat mudah alih dan boleh diguna pakai untuk set latihan yang lain. Penambahbaikan terkini, telah memuatkan kaedah SBAK ini direlevankan dalam bidang bahasa Inggeris bahagian active transitive, intransitive dan passive voice sentences. Di samping itu, laman rasmi web SBAK juga disediakan sebagai wadah dan medan rujukan yang mempunyai masalah dalam kata kerja bahasa Melayu. Dengan cara ini, kos BBM lebih murah dan menjadikan Kit ini mendapat pasaran tinggi suatu hari nanti. Pendek kata, kaedah SBAK yang digarap bersama pendekatan bahan bantu mengajar yang menarik akan memberikan penguasaan menyeluruh kepada murid untuk memindahkan kefahaman ilmu dan kemahiran secara konkrit. Akhirnya, bahasa Melayu menjadi mudah difahami dan diminati.

PERNYATAAN MASALAH


OBJEKTIF INOVASI


PENAMBAHBAIKAN INOVASI

PERINGKAT PENAMBAHBAIKAN INOVASI

MODUL SBAK


RODA SBAK


LAMAN WEB SBAK

SBAK DIGITAL

KAD PAKAR SBAK

Kad Permainan