RODA SBAK

RODA SBAK (TERBARU)

BUKU PANDUAN

KIT SBAK

(Solusi Kata Kerja Bahasa Melayu)

Hak Cipta MyIPO 2017 (LY2017004551)

______________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENGENALAN

KIT SBAK mengandungi Bahan Bantu Mengajar yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu terutamanya berkaitan kata kerja, ayat aktif, ayat pasif dan membina ayat susunan biasa. KIT SBAK ini sangat relevan kerana boleh disesuaikan mengikut tahap dalam DSKP kepada setiap murid terutamanya tahun 3, dan 4. Murid tahun 5 dan 6 boleh menggunakan KIT SBAK ini untuk menjalankan penilaian terhadap diri mereka. Hal ini kerana, KIT SBAK mempunyai 4 fungsi yang menilai cara membezakan kata kerja, membina ayat, mengaktifkan ayat pasif dan mempasifkan ayat aktif. Kepada pelajar sekolah menengah juga boleh menggunakannya terutamanya dalam solusi ayat pasif dan ayat aktif.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK:

1 SET PERMAINAN KIT SBAK MENGANDUNGI:

1. Roda KIT SBAK

2. 3 Set Latihan Set A Set B Set C

Kata kerja 10keping 10keping 10keping

Gambar 10keping 10keping 10keping

Ayat Aktif 10keping 10keping 10keping

Ayat Pasif 10keping 10keping 10keping

Jumlah: 120Keping

3. Booklet Aktiviti (2keping), 2 pen marker, 1 pemadam

4. CD Lagu Imbuhan Kata Kerja

5. Buku Panduan dan peraturan permainan

______________________________________________________________________________________________________________________________________________

OBJEKTIF PERMAINAN

(1) Setiap pasukan mestilah berusaha menjadi pasukan pertama dengan menjawab soalan dan mengumpul skor untuk digelar sebagai pemenang.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________

CARA BERMAIN KIT SBAK

Guru boleh menggunakan KIT SBAK ini mengikut tahap:

Jika tahun 3, guru boleh menggunakan fungsi roda yang pertama dan kedua.

Sekiranya tahun 4, Guru boleh menguji semua fungsi roda kepada murid.

Namun, guru perlu memberi penjelasan tentang rumus-rumus dan lagu SBAK terlebih dahulu supaya proses permainan lebih berkesan.(RUJUK NOTA)

Fungsi pertama: Setelah murid mendengar lagu Imbuhan Kata Kerja, Paparan kata kerja pada roda KIT SBAK perlu dikenal pasti. Murid akan mencatat imbuhan dan apakah jenis imbuhan tersebut pada booklet aktiviti. Tahap ini sesuai untuk murid Tahun 3 dan 4.

Fungsi kedua: Setelah selesai menjawab fungsi pertama, berdasarkan perkataan kata kerja tersebut, murid perlu membuka kad gambar untuk membina ayat menggunakan rumus SBAK. Murid akan menulis ayat pada booklet aktiviti.

Fungsi ketiga: Murid diuji untuk mempasifkan ayat berpandukan kaedah SBA(K). Rumus yang digunakan ialah ASBK bagi ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua dan rumus ABSK bagi ayat pasif kata ganti nama diri ketiga. Murid akan mencatat ayat aktif lalu menunjukkan bagaimana ayat itu dipasifkan pada booklet aktiviti. Tahap ini sesuai untuk murid sekolah rendah Tahun 4 sehingga pelajar sekolah menengah.

Fungsi keempat: Murid diuji untuk mengaktifkan ayat berpandukan kaedah ASBK dan ABSK menjadi SBAK. Rumus yang digunakan ialah ASBK bagi ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua dan rumus ABSK bagi ayat pasif kata ganti nama diri ketiga dan ditukar kedudukannya untuk membawa makna ayat aktif iaitu SBAK. Murid akan mencatat ayat pasif lalu menunjukkan bagaimana ayat itu diaktifkan pada booklet aktiviti. Tahap ini sesuai untuk murid sekolah rendah Tahun 4 sehingga pelajar sekolah menengah.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________

MEMULAKAN PERMAINAN

· Permainan ini dimainkan secara berkumpulan:

1. Permainan ini dimainkan dalam kumpulan bagi mewujudkan unsur persaingan. Permainan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu setiap kumpulan mempunyai bilangan yang sama banyak.

Min: 2orang Max: 4 orang (satu kumpulan)

2. Permainan ini akan melibatkan wakil setiap kumpulan untuk bermain mengikut giliran yang ditetapkan oleh setiap pasukan.

3. Bagi mereka yang menjadi giliran pertama, setiap wakil perlu ke hadapan dan hanya seorang dari wakil 2 kumpulan itu akan memusingkan roda. Oleh itu, siapa yang akan memusingkan roda akan ditentukan oleh balingan dadu yang tertinggi.

Contoh: Kump A=Bil dadu 4’’ Kump B= Bil dadu ‘5’

maka, wakil kump B yang akan memusingkan roda.

4. Selepas roda dipusingkan, setiap wakil kumpulan A dan B tadi perlulah menjawab soalan yang terpapar pada roda ke dalam booklet aktiviti serentak. Sekiranya sudah mendapat jawapan, paparkan kepada guru untuk menyemak jawapan. Jika betul, kumpulan itu akan diberi satu bintang dan boleh meneruskan fasa soalan kedua iaitu membuka kad gambar dan begitulah berikutnya sehingga fasa soalan keempat. Setiap fasa soalan itu akan diberi skor bintang kepada kumpulan yang dapat menjawab dengan betul.

5. Sekiranya jawapan awal sudah pun salah, murid boleh meminta bantuan rakan pasukannya untuk betulkan jawapannya. Namun, kumpulan itu hanya akan diberikan separuh bintang. Kemudian, boleh ke fasa soalan berikutnya.

6. Setelah wakil kumpulan giliran pertama selesai, giliran kedua pula akan melakukan aktiviti yang sama sehinggalah giliran terakhir.

7. Kumpulan yang menang akan ditentukan dengan jumlah skor bintang paling banyak.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________

RODA SBAK (Pelbagai Fungsi)

Membezakan kata kerja transitif & kata kerja tak transitif berdasarkan lagu atau rumus.

· Perkataan kata kerja yang ditampal pada permukaan Roda SBAK.

· Rujuk ‘Nota KIT SBAK’ untuk cara pengajaran dan bermain.

Membina ayat menggunakan rumus SBAK .

· Gambar yang ditampal dalam kad pada permukaan Roda SBAK.

· Rujuk ‘Nota KIT SBAK’ untuk cara pengajaran dan bermain.

Mempasifkan ayat aktif menggunakan rumus ASBK atau ABSK.

· Potongan ayat yang diselit pada Roda SBAK.

· Rujuk ‘Nota KIT SBAK’ untuk cara pengajaran dan bermain.

Mengaktifkan ayat pasif menggunakan rumus SBAK.

· Potongan ayat yang diselit pada Roda SBAK.

· Rujuk ‘Nota KIT SBAK’ untuk cara pengajaran dan bermain.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________

RODA SBAK SEBELUM PENAMBAHBAIKAN

RODA SBAK FASA 2


RODA SBAK FASA 1