PENGENALAN KEPADA KESUKARELAWANAN
Kesukarelawanan ialah aktiviti yang dilakukan secara sukarela tanpa mengharapkan ganjaran, dengan tujuan membantu orang lain atau memberi manfaat kepada masyarakat. Individu yang terlibat dikenali sebagai sukarelawan, dan mereka menyumbangkan masa, tenaga atau kemahiran demi kebaikan bersama.
Poster disebelah menunjukkan ciri-ciri murid yang mempunyai sifat kesukarelawanan. Ciri murid yang mempunyai ciri sukarelawan yang pertama ialah prihatin , di mana murid suka mengambil berat tentang keadaan seseorang. Seterusnya, suka menolong juga merupakan ciri sukarelawan iaitu suka menolong kawan atau guru yang memerlukan bantuan. Selain itu, ciri yang tertera iaitu hormat yang merujuk kepada murid yang mengamalkan sifat hormat menghormati antara satu sama lain. Kemudian, adil dan saksama dalam melakukan aktiviti kesukarelawanan. Akhir sekali, ikhlas semasa membantu orang lain.
PRINSIP DAN MATLAMAT KESUKARELAWANAN
Membantu Tanpa Diskriminasi
Menjadi Pemimpin Yang Beretika
Menanam Nilai Empati
Menyumbang Kepada Pembangunan Masyarakat
IMPLIKASI KESUKARELAWANAN
Murid dikehendaki untuk membaca teks tentang implikasi kesukarelawanan di sebelah dengan pembacaan perlahan.
🌟 Kebaikan Baca Perlahan:
1. Meningkatkan kefahaman: Murid lebih mudah memahami isi teks.
2. Meningkatkan sebutan: Membantu murid menyebut perkataan dengan betul.
3. Mengurangkan tekanan: Murid tidak rasa tergesa-gesa dan lebih yakin.
4. Melatih fokus: Murid lebih memberi perhatian kepada setiap ayat.
5. Meningkatkan keyakinan diri: Membantu murid rasa lebih yakin semasa membaca di hadapan kelas.
Bina satu Peta i-Think menggunakan Canva berdasarkan topik kesukarelawanan yang anda fahami. Kemudian, muat naik hasil aktiviti setiap kumpulan di Padlet yang disediakan.
Berikut merupakan video daripada YouTube yang menunjukkan pengalaman pihak sukarelawan menyertai aktiviti sukarelawan. Diharapkan video ini dapat memberi inspirasi kepada murid dan meningkatkan semangat dan jati diri murid untuk menjadi seorang sukarelawan.