Inovasi PdPc Bimbingan dan Kaunseling melalui Aktiviti Kesukarelawanan
Halaman ini memaparkan beberapa pendekatan inovatif yang telah digunakan dalam merancang dan melaksanakan PdPc bertemakan kesukarelawan. Inovasi ini merangkumi penggunaan pelbagai aplikasi digital, aktiviti kolaboratif serta kaedah pembelajaran berasaskan simulasi, bagi membina PdPc yang menarik, bermakna dan berpusatkan murid.
Rajah di sebelah menunjukkan Peta I-Think iaitu Peta Pokok yang menunjukkan etika yang perlu ada ketika menjalankan aktiviti kesukarelawanan
WAHH !! UPIN & IPIN !! MARI KITA TONTON UPIN & IPIN MENYERTAI AKTIVITI KESUKARELAWANAN ..
AKTIVITI KUMPULAN : V-LOG SUKARELAWAN MINI
' Kamu seorang sukarelawan di sekolah. Rakam video ringkas selama 3-5 minit menceritakan pengalaman, pandangan atau cadangan kamu berkaitan dengan aktiviti sukarelawan. Kemudian, muat naik video itu ke Padlet kelas yang disediakan'
INOVASI YANG DICIPTA ( GAME )
🎡Roda Nilai SukarelawanÂ
Aktiviti “Roda Nilai Sukarelawan” dijalankan bagi membantu murid mengenal pasti nilai murni dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Murid akan memutar roda digital dan memberi contoh situasi berdasarkan nilai yang diperoleh. Aktiviti ini melibatkan kemahiran berfikir reflektif, pengurusan maklumat dan komunikasi berkesan, sejajar dengan pendekatan GKEB1072. Penggunaan laman web untuk menjalankan aktiviti ini juga merupakan integrasi digital yang diaplikasikan bagi menjadikan aktiviti lebih menarik dan interaktif.
🔎 Langkah Pelaksanaan Aktiviti :Â
Guru log masuk ke laman web Wheel Of Names untuk memutar roda.
Murid putar roda nilai yang terdapat beberapa nilai yang telah disediakan oleh guru termasuklah empati, ikhlas, prihatin dll.Â
Apabila roda berhenti :Â
Murid perlu berikan satu contoh situasi berdasarkan nilai tersebut.
Contoh : 'Ikhlas' - "Saya membantu rakan yang tertinggal buku walaupun saya sendiri sibuk" .Â
Ini merupakan contoh Roda Nilai Sukarelawan yang akan digunakan oleh murid dalam pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc). Melalui aktiviti ini, murid akan diberi peluang untuk memutar roda secara bergilir, dan seterusnya diminta memberikan contoh situasi sebenar atau pengalaman peribadi yang berkaitan dengan nilai yang telah diperoleh. Aktiviti ini bukan sahaja berfungsi sebagai pengenalan kepada konsep nilai murni dalam konteks kesukarelawan, malah turut mendorong murid untuk berfikir secara reflektif dan kritis. Dalam masa yang sama, ia menggalakkan pelajar mengaitkan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah dengan kehidupan seharian mereka secara lebih bermakna. Pendekatan ini selaras dengan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta menyokong pelaksanaan PdPc yang berpusatkan murid dan berorientasikan nilai.
" Kita tidak perlu kaya untuk membantu . Kita hanya perlu ikhlas "
Lina Najwa Md Amka , seorang pelajar IPG Kampus Sarawak telah meneroka dan menilai hasil Google Sites yang telah saya hasilkan. Maklum balas yang positif yang diberikan telah membantu saya menambah baik tugasan ini.