FASA POS KELAHIRAN

PENJAGAAN BAYI SELEPAS KELAHIRAN 



PERLU KE UPACARA MENCUKUR RAMBUT ?

Seperti amalan yang lain, amalan ini kalau diikutkan sunnah. Perkara yang sebenar  harus lakukan adalah cuma cukur rambut bayi sehingga habis, kemudian sedekahkan nilai emas atau perak mengikut berat rambut yang dicukur kepada fakir miskin.

 

Adakah anda perlu menanam rambut bayi yang dicukur?

“Sunat menanam dan menimbus di dalam tanah segala rambut serta kuku yang dipotong sebagaimana diriwayatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh Ibn Umar dan disepakati oleh para ulama mazhab kami.”

ADAT BERENDOI

Buaian yang dihias cantik dan didendangkan marhaban berserta berzanji sebenarnya adat melayu yang sudah lama dipraktikkan tetapi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Cuma digalakkan untuk tidak berlebihan, tetapi lebih afdhal jika digantikan dengan amalan lain seperti bacaan al-Quran dan berzikir untuk mengelakkan khilaf.


Masih ramai ibu bapa yang percaya dengan penggunaan azimat dalam majlis tahnik dan cukur rambut bayi.

Paku, gunting, buku surah Yassin dan sebagainya diletakkan dibawah bantal atau berhampiran dengan bayi sebagai niat untuk memberikan perlindungan daripada gangguan jin dan syaitan.

Selain daripada itu, ada juga yang percaya amalan khurafat seperti memasang benang hitam atau kuning yang dibacakan jampi untuk menghalang jampi.


Haram bagi umat Islam untuk mempercayai atau menggunakan tangkal dan azimat.

Cara yang terbaik untuk menghalau gangguan iblis Ummu Sibyaan (suka mengganggu bayi)  dan jin adalah dengan menutup pintu dan tingkap ketika senja atau waktu maghrib.

Di samping itu, bacaan ayat Kursi dan tiga Qul (al-IKhlas, al-Falaq dan An-Naas) kemudian tiup ubun kepala anak dan berkata “Wahai Ummu Sibyaan, keluar dan jangan ganggu anakku”.


KHITAN