FASA KEHAMILAN
PERSIAPAN IBU MENGANDUNG
1. Pemeriksaan berkala
Buat Pemeriksaan Berkala
Setiap checkup ibu di hospital perlu dihadiri untuk mengetahui tahap kesihatan ibu dan bayi. Melalui pemeriksaan ini anda boleh mengetahui sama ada ibu sakit atau terkena kencing manis sewaktu mengandung atau apa-apa masalah kesihatan yang mungkin dialami bayi.
Ayah yang ingin menyambut anak juga digalakkan untuk mengikuti sekali untuk memberikan sokongan semangat dan juga sebagai penguat ikatan hubungan suami isteri.
2. Amalkan diet yang sihat
Diet yang sihat penting untuk kesihatan ibu dan anak yang dikandung. Antara makanan yang perlu diambil oleh ibu mengandung adalah:
Folat & asid folik:
Mencegah kecacatan tiub neural & keabnormalan serius pada otak dan saraf tunjang.
Sumber: Bijirin, sayuran hijau seperti bayam, buah sitrus, kekacang dan kacang pis.Kalsium:
Untuk menguatkan tulang dan gigi, membantu peredaran darah, otot dan saraf untuk berfungsi dengan normal.
Sumber: Perlu dalam 1000 miligram sehari manakala jika hamil usia remaja 1,300 miligram sehari. Produk tenusu, dan juga sayur brokoli dan kale. Selain itu jus buahan dan bijirin juga kaya dengan kalsium.
3. Vitamin D
Vitamin D:
Untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.
Sumber: Ikan berlemak seperti salmon, susu dan jus oren.Protein:
Mengalakkan tumbesaran bayi sepanjang kehamilan
Sumber: 71 gram sehari. Daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur, kacang, kacang pis, bijian dan produk soya.Zat besi:
Mencegah anemia punca kekurangan zat besi
Sumber: 27 miligram sehari: Daging merah tanpa lemak, ayam, ikan, bijirin sarapan yang diperkaya dengan zat besi, kekacang dan sayuran.
4. Kekal aktif
Walaupun dalam keadaan hamil, para ibu perlu kekal aktif mengikut kemampuan mereka. Jangan terlalu aktif jangan pula terlalu pasif. Lakukan sedikit regangan pada setiap hari untuk mengurangkan sengal-sengal badan.
Selain itu, senaman sebelum bersalin juga dapat membantu kelahiran yang lebih lancar. Untuk aktiviti sukan yang lebih mencabar, para ibu boleh rujuk pada doktor dahulu.
5. Dapatkan rehat yang secukupnya
Kehamilan selalunya membawa perubahan yang luar biasa kepada badan wanita jadi tidak hairanlah mereka kerap penat.
Untuk kekal sihat dan bertenaga dari segi fizikal dan mental, ibu perlu rehat secukupnya. Pakar menyarankan rehat sekitar 7-9 jam sehari.
6. Elakkan Ubat, Suplemen & Skincare Yang Merbahaya
Ubat Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Mengandung:
Chloramphenicol
Levofloxacin dan ciprofloxacin
Ubat malaria primaquin
Sulfonamides
Trimethoprim
Codeine, ubat batuk
Ibuprofen, ubat tahan sakit
Ubat cair darah warfarin
Clonazepam, ubat tidur
Lorazepam
Suplemen Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Mengandung:
Yang tidak dinasihatkan oleh doktor, sebaiknya anda elak. Apatah lagi yang dibeli di toko jamu sekiranya inti pati suplemen atau makanan tambahan tersebut.
Skincare Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Mengandung:
Retinol
Benzoyl peroxide
Minyak terapi
Salicylic acid
Hydroquinone
TIPS KESIHATAN DIRI
Mengamalkan pemakanan ubatan sepeti Folic Acid bagi membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan dengan baik.
Mengamalkan pemakanan yang tinggi khasiat, khususnya yang mengandungi kadar protein dan serat yang tinggi.
Mengambil sajian protein dalam 3-4 kali sehari(seperti ikan, ayam atau daging)
Mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan
Minum susu dan juga supplemen yang berkaitan dengan nutrisi yang baik bagi ibu dan juga kandungan
Mengamalkan senaman ringan berdasarkan kemampuan diri seperti berjalan, senaman pernafasan, senaman regangan dan lain-lain.
Meluangkan masa memahami berkenaan buku booking atau buku merah jambu (pink/buku rekod kesihatan ibu dan anak)
Memastikan bayi dan ibu mempunyai rutin harian yang stabil. Elakkan stress pada fizikal dan mental yang boleh memberi kesan kepada bayi dan ibu.
Memeriksa keadaan diri secara berkala, bagi mengelakkan kehadiran penyakit berbahaya seperti penyakit tekanan darah tinggi sewaktu mengandung (PREGNANCY INDUCED HYPERTENSION) dan penyakit diabetis mellitus sewaktu mengandung (GESTATIONAL DIABETIC MELLITUS).
ADAKAH IBU MENGANDUNG MEMERLUKAN SUPLEMEN, JAMU ATAU MAKANAN TAMBAHAN?
Untuk ini, anda perlu sentiasa mendengar nasihat doktor. Setiap ibu mengandung mempunyai keperluan nutrien yang berbeza dan juga mungkin dalam dos yang berbeza. Sentiasa rujuk kepada doktor anda kerana dengan doktorlah anda membuat check up kesihatan dan pada doktorlah ada keputusan check up tersebut.
AMALAN ROHANI
Mengamalkan amalan membaca surah-surah yang memberi manfaat kepada kandungan dan juga ibu bagi menaikkan spiritual dan hubungan antara ibu dan kandungan.
Surah amalan adalah seperti :
Surah Al Fatihah
Surah Maryam
Surah Luqman
Surah Ar Rahman
Surah An Nas
Surah Al Falaq
Surah Al Ikhlas
Amalan zikirullah juga digalakkan kerana ia meransang sistem saraf dan perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Ia juga membantu dalam memberikan kestabilan mood bayi di dalam kandungan.
MENCARI NAMA BAGI BAYI
PERSEDIAAN NAMA BAGI BAYI DI DALAM KANDUNGAN
Persediaan ini adalah sangat dituntut kerana ia meransang deria pendengaran dan tindakbalas bayi seawal berusia 6 bulan di dalam kandungan.
Panggilan nama bagi bayi dalam kandungan juga merapatkan hubungan materniti antara ibu dan bayi.
Kriteria pemilihan nama haruslah memiliki maksud yang baik,jelas dan mudah disebut dan mempunyai maksud nama yang baik bagi bayi tersebut