ALAM KEIBUBAPAAN

PENGENALAN

Ibu bapa merupakan jawatan utama dan terpenting bagi sebahagian besar anggota masyarakat. Ibu bapa merupakan satu jawatan tanpa perlantikan rasmi dari sesiapa. Segala-galanya bertitik-tolak dari amanah, tugas, peranan dan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap ibu bapa.(Rusnani Abdul Kadir, 2000)

DEFINISI

Definisi Keibubapaan Teuku Iskandar, (1970) mendefinisikan ibu sebagai emak, mama, mami dan bonda. Bapa pula sebagai ayah, abah, dedi dan papa. Ibu merujuk kepada peranan dan tanggungjawab dalam mengasuh dan mendidik anak-anak di rumah. Bapa sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal, pakaian 2 dan kasih sayang terhadap ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak.(T. Iskandar, 1970).

SIKAP KEIBUBAPAAN

Sikap menentukan tingkah laku seseorang ibu dan bapa dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Yang dimaksudkan dengan sikap keibu-bapaan ialah keyakinan dan kepercayaan terhadap fitrah, pembawaan, kemampuan, bakat dan pelbagai aspek kanak-kanak yang lain.

Ilmu pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan perkembangan kanak-kanaklah yang mempengaruhi sikap seseorang ibu bapa. Asuhan sejak kecil dan pendidikan yang diterima oleh ibu bapa juga turut mempengaruhi sikap keibu-bapaan. Ini bererti kepercayaan, keyakinan, ilmu, asuhan, pendidikan dan pengalaman yang diterima merupakan rempah ratus dan ramuan yang membentuk sikap keibu-bapaan.

ILMU DAN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

Mengetahui ilmu berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak, ilmu psikologi, ilmu pendidikan, ilmu kesihatan, ilmu pemakanan, ilmu keselamatan dan sebagainya. Bidang-bidang ilmu ini wajib dikuasai oleh setiap ibu bapa dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Yang dimaksudkan dengan kemahiran keibu-bapaan ialah kemahiran ibu bapa dalam aspek interaksi, komunikasi dan mendisiplinkan anak-anak hasil dari sikap dan ilmu tentang asuhan dan didikan mereka.

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

Tanggunggjawab ibu bapa terhadap anak boleh diringkaskan seperti berikut:

1.Mengasuh. Iaitu menyediakan keperluan asas. Termasuk di dalamnya memberikan makanan, pakaian, tempat tinggal dan menjaga kesihatan fizikal dan psikologi anak dengan baik.

2.Berinteraksi. Iaitu berinteraksi secara berkesan dengan anak-anak. InsyaAllah semua masalah yang mereka hadapi dapat ditangani dengan baik.

3.Mensosialisasikan iaitu memberikan anak kemahiran sosial untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, pegangan agama, adat resam, jantina, jawatan dan sebagainya.

4.Memberi pendidikan bermula dengan pendidikan tidak formal di rumah.Disusuli dengan pendidikan formal di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi awam dan swasta.

5.Ibu bapa mithali ialah mereka menunjukkan teladan yang baik yang wajar untuk diteladani oleh anak-anak.