Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berperanan sebagai agensi utama penguatkuasaan undang-undang di daerah ini. Kami komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
IPD Kota Setar terdiri daripada pelbagai jabatan dan unit, termasuk Bahagian Siasatan Jenayah, Cawangan Khas, Siasatan Jenayah Narkotik, Siasatan Jenayah Komersil, Bahagian Trafik, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Bahagian Pengurusan, Bahagian Logistik, Bahagian Kententeraman Awam serta unit-unit lain yang bekerja bersama dalam menjaga keamanan di daerah ini. Setiap bahagian memainkan peranan penting dalam memastikan undang-undang dipatuhi dan keadilan ditegakkan.
Di bawah kepimpinan YDH ACP Siti Nor Salawati binti Saad, Ketua Polis Daerah Kota Setar, warganya terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan pendekatan yang mesra dan profesional. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan pengurusan keselamatan, serta beriltizam untuk memperkukuhkan hubungan antara pihak polis dan komuniti setempat.
Kami percaya bahawa kerjasama erat antara pihak polis dan masyarakat adalah kunci kepada persekitaran yang selamat dan harmoni. Oleh itu, IPD Kota Setar sentiasa terbuka untuk mendengar maklum balas dan pandangan daripada masyarakat dalam usaha memperbaiki perkhidmatan kami.
Dengan moto "Mesra, Cepat, dan Betul," kami berusaha memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap, dan berintegriti.