Balai Polis Kuala Kedah
Diketuai oleh Sub Insp Ab. Latif bin Hamzah, Balai Polis Kuala Kedah bertanggungjawab menjaga kawasan pesisir seluas 50 kilometer persegi, yang melibatkan aktiviti perikanan dan pelancongan. Moto "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" menjadi asas kepada perkhidmatan mereka dalam memastikan keselamatan maritim serta menangani jenayah pesisir. Misi utama balai ini adalah untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman, sementara visinya adalah untuk terus menjadi pasukan polis yang berwibawa, bertanggungjawab, dan dipercayai.