Balai Polis Langgar

Diketuai oleh Sarjan Mejar Ku Fauzi bin Ku Bakar, Balai Polis Langgar mengawasi kawasan seluas 117 kilometer persegi, yang melibatkan komuniti pelbagai kaum. Warganya komited dalam memastikan keharmonian dan keselamatan masyarakat setempat. Moto "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" menjadi panduan dalam menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat. Misi mereka adalah untuk menjaga keamanan serta menegakkan undang-undang, dengan matlamat menjadi sebuah pasukan yang dipercayai dan profesional.