IPD KOTA SETAR : 04 - 7747 222 DCC : 04 - 7326 999
Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kini menjalankan kajian berterusan bagi mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan di sembilan Balai Polis dalam daerah ini, serta kualiti siasatan melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah, Narkotik, Komersial, Trafik, dan Perlesenan. Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan masyarakat bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami.
Maklum balas yang diberikan oleh komuniti amat dihargai dan akan menjadi asas kepada tindakan penambahbaikan kami. Keselamatan serta kerahsiaan maklumat dan butiran responden dijamin menjadi keutamaan IPD Kota Setar.