Jom masuk ILP Tangkak
Perkhidmatan Kaunseling
Kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu/ pelajar memahami dirinya dan persekitarannya. Pegawai Psikologi cuba mendengar, memberi layanan yang baik dan memahami isu yang dihadapi klien. Manakala klien memperihalkan isu, memahami dan mengambil tindakan mengurus isu yang dihadapi. Pegawai Psikologi menerima dan menghormati klien serta membina hubungan kemanusiaan yang positif.
Kaunseling bukan nasihat. Pegawai Psikologi tidak akan memberi jawapan secara langsung terhadap semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk Pegawai Psikologi tidak semestinya baik kepada klien. Keistimewaan perkhidmatan kaunseling adalah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.
Kaunseling memegang prinsip kerahsiaan. Ini bermakna segala rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling adalah RAHSIA dan SULIT mengikut Peraturan Kaunselor (Kelakuan dan Tatatertib) 1999 dan Akta Kaunselor 1998.
KAUNSELOR BERDAFTAR(K.B.PA)
NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI : 0132899480
AKTIVITI KHIDMAT KOMUNITI RUMAH AL JANNAH KESANG MUAR
Bacaan tahlil ringkas memohon kesejahteraan penghuni Al Jannah
Sesi ramah mesra bersama penghuni
Sesi perbincangan Tn Pengarah bersama pemilik Rumah Al Jannah
Perbincangan berkaitan bantuan yang boleh disalurkan untuk keselesaan penghuni
Ramah mesra Adik Haziq Akashah bersama penghuni Al Jannah.
Sesi penyerahan sumbangan kepada penghuni Al Jannah
SesI Taaruf bersama Tn pengarah dan penghuni
Bersama keseluruhan penghuni Titian Kasih Al Inayah
Program Bimbingan Kerjaya bersama penghuni
Penyerahan sumbangan hari raya kepada penghuni
Sesi perbincangan bersama pemilik Titian Kasih untuk bantuan yang diperlukan
PROGRAM BINA KERJAYA BERJAYA
Sesi mock interview daripada panel PERKESO kepada pelajar semester akhir
Sesi Interview sedang berlangsung. Para pelajar dibekalkan tips menghadiri temuduga
Sesi perkongsian daripada Tn Pengarah kepada pelajar semster akhir selaku panel penemuduga
Gambar melibatkan wakil dari PERKESO , pihak pengurusan ILP dan para pelajar semster akhir ILP Tangkak
PROGRAM SMART ( SUKSES, MATANG, RESPONSIF & TANGGUNGJAWAB) KERJASAMA AADK DAERAH SERTA PEMADAM
Wakil pelajar menerima cenderahati daripada pengerusi Hijrah Water
Sebilangan peserta SMART
Energizer SMART
Wakil pelajar memberanikan diri bertanya kepada wakil PEMADAM berkaitan penyalahgunaan bahan(dadah)
PROGRAM PENILAIAN PERSONEL BERSAMA KAUNSELOR ANDA( UJIAN SARINGAN MINDA SIHAT DALAM TALIAN)
PROGRAM PEMBANGUNAN PERSONEL BERSAMA AGENSI (JKM)
Kumpulan 1 bersedia menyelesaikan task!
Ketua kumpulan 1 memberikan arahan yang jelas dan mudah bagi mencapai matlamat
Kerjasama ahli kumpulan sangat penting bagi mencapai matlamat
Ketua kumpulan 2 cuba memberikan arahan terbaik bagi memastikan task mencapai objektif
peserta mencuba pelbagai kaedsah bagi memastikan task berjaya
taklimat kemahiran komunikasi dan kemahiran mendengar
bukan mudah memberi dan menerima arahan:)
AKTIVITI KAUNSELOR BERSAMA PELAJAR SEMESTER SATU : SEMINAR KENALI PERSONALITI DIRI
Kaunselor menjalankan sesi bimbingan mengenali diri kepada para pelajar semester satu untuk mengenalpasti karakter diri dan memadankan dengan bidang kemahiran yang dipelajari di ILP Tangkak
AKTIVITI KAUNSELOR BERSAMA AKRAB DAN KAKITANGAN ILP TANGKAK 2024 : BENGKEL KETERAMPILAN IMEJ DAN PESONA DIRI
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI TANGKAK BERSIH 2024
KEM MOTIVASI BELIA 2024
Pelajar didedahkan dengan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan jati diri bagi melahirkan pelajar TVET yang produktif, berani dan berdaya sainhg.
KAUNSELOR BERSAMA KOMUNITI : BENGKEL KOMUNIKASI BERKESAN 2024
Selain dari memberikan perkhidmatan kaunseling kepada kakitangan dan pelajar, kaunselor juga memberikan perkhidmatan kepada komuniti setempat. Program kaunselor bersama komuniti sentiasa diadakan dari semasa ke semasa dan jalinan kerjasama bersama agensi setempat secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di antara institusi bersama agensi setempat.
PROGRAM BERSAMA KAUNSELOR ANDA : TIPS KOMUNIKASI DALAM MEMBINA HUBUNGAN
Memberikan perkongsian berkaitan ilmu kaunseling dan kemahiran insaniah bersama semua pelajar ILP Tangkak di perhimpunan besar setiap pagi khamis.
Penekanan terhadap penyampaian perkhidmatan kaunseling kepada semua pelajar agar pelajar tidak malu untuk berjumpa kaunselor sekiranya memerlukan pandangan atau ingin berkongsikan isu yang dihadapi.