Jom masuk ILP Tangkak
Teras utama BPPL adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar dalam membangunkan modal insan agar mereka memiliki kemahiran, berketerampilan dan berdisiplin.
Unit Hal Ehwal Pelajar dan Kokurikulum
Menjaga kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, pengangkutan, aduan masalah dan lain-lain perkara yang berkaitan.
Mengurus dan menyediakan rekod, laporan dan statistik pengambilan pelajar dan lepasan institut.
Mengurus pengambilan dan pendaftaran pelajar baru.
Menyelia dan mengendalikan Minggu Suaikenal untuk semua pelajar baru.
Menyediakan Kalendar Latihan Tahunan.
Menguruskan Surat Aku Janji dan elaun pelajar.
Menguruskan pendaftaran insuran pelajar.
Menyelia Majlis Perwakilan Pelajar meliputi proses pengundian, perlantikan, pembubaran dan segala aktiviti yang dijalankan.
Merancang, menyelia dan mengurus Majlis Konvokesyen.
Menyedia dan menyelia program kokurikulum pelajar.
Mengurus dan memantau Penilaian Latihan dan Pengajar menggunakan Sistem Pengurusan e-Penilaian Latihan (SPePL) di institusi.
Merancang dan menyediakan program pembangunan insan dan aktiviti kemasyarakatan.
Unit Disiplin dan Kaunseling
Mengurus dan menyelia disiplin pelajar.
Mengurus dan menyelia prosedur tatatertib pelajar (JTP I dan JTP II).
Menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar.
Memastikan para pelajar menyertai semua program yang telah dirancang.