Jom masuk ILP Tangkak
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat datang ke ILP Tangkak
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak adalah salah satu institut di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
ILP Tangkak terletak di Johor dan menawarkan pelbagai kursus kemahiran teknikal dan vokasional untuk memenuhi keperluan industri semasa. Antara bidang yang ditawarkan termasuk Teknologi Mekatronik, Teknologi CADD Mekanikal Pembuatan, Teknologi Fabrikasi Struktur Logam "Oil and gas" Teknologi Komputer Rangkaian, Teknologi Plastik, Teknologi Pembuatan dan Teknologi Kimpalan
ILP Tangkak bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi serta kompeten bagi menyokong pembangunan industri di Malaysia. Program latihan di ILP Tangkak dirancang untuk memberikan pelajar pengalaman praktikal yang mendalam, sejajar dengan keperluan dan standard industri. Selain itu, ILP Tangkak turut bekerjasama dengan pelbagai pihak industri bagi memastikan graduannya berdaya saing di pasaran kerja.
Institut ini juga menganjurkan pelbagai aktiviti dan program pembangunan diri bagi meningkatkan kemahiran insaniah, seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan kerja berpasukan. Dengan kemudahan yang lengkap dan tenaga pengajar yang berpengalaman, ILP Tangkak menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional.
Teknologi Polimer di ILP Tangkak
Adalah dimaklumkan bahawa Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak kini memperkenalkan program latihan kemahiran yang sangat diperlukan kemahiran dan kepakaran dalam Teknologi Polimer. Program ini direka khas untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang polimer yang sedang berkembang pesat dalam industri.
Majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan semester Akhir sesi 1 2024.
12 Jun 2024 || Majlis Anugerah Apresiasi kecemerlang semester Akhir telah berlangsung untuk meraihkan kejayaan mereka. Seramai 65 orang pelajar akan meneruskan Latihan Industri dan menyambung pengajian di peringkat Diploma. Tahniah diucapkan kepada siswa siswi kemahiran ILP Tangkak. Disini anda bermula, buktikan yang terbaik demi masa depan yang gemilang.
30 MEI 2024 || Jelajah Ride anjuran ADTEC Batu Pahat yang di sertai ILP Mersing dan ILP pasir Gudang seramai 30 orang telah selamat sampai ke destinasi di bumi Sagil Tangkak. Objektif jelajah ini adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan tawaran pengajian yang terdapat di ADTEC Batu Pahat. Antaranya adalah Diploma Teknologi Komputer ( Rangkaian), Diploma Teknologi Kimpalan dan Diploma Teknologi Mekatronik. Seramai 44 orang pelajar telah mendapat penerangan dalam taklimat tersebut. Pihak BPPL ILP Tangkak sangat berbesar hati kehadiran Team Ride Zon Selatan bagi mengeratkan lagi kerjasama bersama. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan selamat serta mencapai objektif yang ditetapkan.
VIDEO KORPORAT INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN ( ILP ) TANGKAK, JOHOR.
VIDEO KORPORAT VERSI BAHASA MELAYU
VIDEO KORPORAT VERSI BAHASA INGGERIS
Video Korporat Institut Latihan Perindustrian ( ILP ) Tangkak memaparkan infomasi visi dan misi serta pencapaian terbaik ILP Tangkak.
7 Kursus yang ditawarkan
1. TEKNOLOGI KIMPALAN
2. TEKNOLOGI MEKATRONIK
3. TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL ( PEMBUATAN )
4. TEKNOLOGI POLIMER/PLASTIK
5. TEKNOLOGI PEMBUATAN
6. TEKNOLOGI KOMPUTER ( RANGKAIAN )
7. TEKNOLOGI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM ( MINYAK DAN GAS )
Bagi keterangan lanjut sila layari www.ilptangkak.gov.my atau di talian
06-9733800 samb 102/250
19 JUN 2022 | AHAD | Detik kegembiraan para Graduan terpancar di wajah setelah tamat pengajiaan di ILP Tangkak. Majlis Konvokesyen ILJTM kali ke-25, peringkat ILP Tangkak telah menyaksikan keceriaan seluruh Graduan. Keseluruhan Graduan yang telah tamat seramai 346 orang pelajar yang kini bergelar menjadi ALUMNI ILP Tangkak . Tahniah dan Syabas! diucapkan kepada semua graduan.
Lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
Kesemua kursus – kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus – kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80% dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya Mekanikal & Pengeluaran, Elektrik & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sivil & Bangunan, Percetakan dan Bukan Logam. Sehingga kini, ILJTM menawarkan 45 kursus di peringkat Sijil, 43 kursus di peringkat Diploma dan 10 kursus di peringkat Diploma Lanjutan.
Selamat membuat Permohonan ILJTM 2024 online (ILP, ADTEC, JMTI). Semoga anda berjaya dalam permohonan ILP anda.