Jom masuk ILP Tangkak
31 Ogos 2025 || Penyertaan Perbarisan bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Tangkak.
Tahniah dan Syabas buat semua peserta perbarisan ILP Tangkak sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Tangkak.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
Pada tahun 2025, satu sesi libat urus bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan bagi membincangkan hala tuju, perancangan program serta amanat daripada Pegawai Pengurusan Bahagian Pembangunan Pelajar dan Latihan (PP BPPL). Program ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara pihak pengurusan dan kepimpinan pelajar dalam memastikan kebajikan, disiplin serta pembangunan sahsiah pelajar sentiasa berada pada tahap terbaik.
Antara objektif sesi libat urus ini adalah:
Memberi penerangan berkaitan perancangan aktiviti dan program pelajar bagi tahun 2025.
Menyampaikan amanat serta hala tuju pengurusan kepada MPP.
Memperkasa peranan MPP sebagai medium komunikasi antara pelajar dan pengurusan.
Membentuk budaya kepimpinan, disiplin dan sahsiah unggul dalam kalangan pelajar.
Satu Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2025 bersama pihak pengurusan dan Unit Kaunselor telah diadakan bagi membincangkan perancangan serta pelaksanaan program tahunan pelajar bagi tahun 2025. Mesyuarat ini menjadi platform libat urus antara pengurusan institusi dan MPP dalam memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan secara tersusun, berkesan dan memberi manfaat kepada pelajar.
Program
Mesyuarat MPP 2025 Bersama Pengurusan dan Unit Kaunselor
Tarikh
20 Januari 2025
Tempat : Bilik Seminar ADTEC JTM Kampus Tangkak
Masa : 3.00 - 5.00 ptg
Anjuran
Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL)
Sasaran
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Antara tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah:
Merancang program tahunan pelajar bagi tahun 2025.
Membincangkan penglibatan MPP dalam aktiviti pelajar dan pembangunan sahsiah.
Mengukuhkan kerjasama antara pengurusan, Unit Kaunselor dan MPP.
Menyampaikan amanat serta hala tuju pengurusan kepada barisan kepimpinan pelajar.
Mesyuarat ini telah melibatkan beberapa pegawai pengurusan dan wakil pelajar seperti berikut:
Tn. Ahmad Jefri Bin Sabri – Pengarah
(Ucapan Pembukaan dan Amanat Pengurusan)
En. Mohd Rafizi Bin Yasabah – PPBPPL
Pn. Norashikin Binti Saari – Unit Kaunselor
Pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL)
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2025
Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah:
Cadangan program tahunan pelajar sepanjang tahun 2025.
Perancangan aktiviti kepimpinan, sahsiah dan kebajikan pelajar.
Penglibatan MPP dalam pengurusan program kampus.
Kerjasama bersama Unit Kaunselor dalam pembangunan pelajar.
Penekanan terhadap disiplin, komunikasi dan imej pelajar.
Dalam ucapan pembukaan, Tn. Ahmad Jefri Bin Sabri menekankan kepentingan peranan MPP sebagai jambatan komunikasi antara pelajar dan pengurusan institut. Beliau turut berharap agar setiap program yang dirancang dapat memberi impak positif kepada pembangunan pelajar secara menyeluruh.
Hasil daripada mesyuarat ini, beberapa cadangan program tahunan telah dikenal pasti dan akan diselaraskan oleh pihak BPPL bersama MPP. Selain itu, hubungan kerjasama antara pengurusan dan kepimpinan pelajar juga dapat diperkukuhkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program sepanjang tahun 2025.
Secara keseluruhannya, Mesyuarat MPP 2025 Bersama Pengurusan dan Unit Kaunselor telah berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan segala perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik demi meningkatkan pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kesejahteraan pelajar.
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TAHUN 2025
24 MEI 2025 || BENGKEL KETERAMPILAN IMEJ DAN KOMUNIKASI ILP TANGKAK
Program ini telah oleh dihadiri oleh pelajar seramai 281 orang di dewan kuliah utama ILP TANGKAK.program ini telah menjemput penceramah dari MSU untuk berkongsi tentang imej dan komunikasi sebagai seorang pelajar. program ini pelajar di dedahkan teknik keterampilan imej dan komunikasi berkesan.pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti permainan kecil dan bersoal jawab.program ini juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam komunikasi.
KURSUS BASIC CANVA BAGI MPP 2025
3 Mac 2025 Telah berlangsung kursus asas Aplikasi canva bagi Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar sesi 1/2025. Kursus ini adalah untuk jawatankuasa MPP 2025 memahami asas canva. Pihak BPPL ILP Tangkak amat menekankan dan sokongan MPP25 mampu melaksanakan segala amanah dan tugasan dengan baik dan cemerlang.
MAJLIS PENUTUP MSK BAGI 1/2023
Aktiviti ini disertai seramai 48 orang pelajar baharu sesi 1/2023
Kuliah agama di sampaikan oleh Tn pengarah Ts Mohamad Noor bin Ismail
2 Februari 2023 ||Program Sukaneka Rakyat ILP Tangkak
Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan ILP Tangkak diatas kejayaan aktiviti sukaneka rakyat yang telah dilangsungkan di Dewan Serbaguna ILP Tangkak.
Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya Baling Belon Air, Tiup Tepung, Bowling Kelapa, Lontar Getah, Tarik Bola Dalam Gelung, Pindah Bola Ping Pong dan Kerusi Beracun.
Semoga program ini dapat mengeratkan ukhuwwah antara semua kakitangan dan dapat mewujudkan keseronokan bekerja sesama warga ILP Tangkak.
"Jom Masuk ILP Tangkak"
"𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓"
Pertandingan video Ramadan Ku di ILP bagi mencungkil bakat terpendam pelajar ILP Tangkak. Video berkisar perjalanan pelajar sepanjang bulan Ramadan dan untuk mempromosi kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Tangkak
TEKNOLOGI PEMBUATAN TEKNOLOGI PEMBUATAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IHYA RAMADHAN 2024 ILP TANGKAK TANGKAK
TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL(PEMBUATAN) PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IHYA RAMADHAN 2024 ILP TANGKAK
27 April 2022 | Rabu | Tahniah kepada pemenang Pertandingan Video Kreatif berkisar “Ramadhan Ku Di ILP” yang disertai oleh wakil setiap bengkel.
Pertandingan ini djalankan bertujuan untuk mempromosikan dan mencungkil bakat pelajar