Dalam era masyarakat tradisional, pendidikan hanya menjadi satu keperluan sebagai ikhtiar kelangsungan hidup (survival) dalam masyarakat seperti memburu, bertani, bertukang dan nelayan. Dalam kelangsungan hidup berkeluarga dan bermasyarakat, pendidikan tertumpu kepada perbezaan gender dan status sosial dalam masyarakat.
Aktiviti jual beli di pasar.
Para petani mengusahakan tanah untuk sumber makanan.
Perkembangan pendidikan agama Islam berlaku dalam ruang lingkup aspek fardhu ain dan fardhu kifayah.
Sumber-sumber pengajian diambil daripada kandungan al-Quran, hadis-hadis serta kitab-kitab yang dibawa dari negara Arab dan Mesir.
Pengajian yang diajar kepada masyarakat tradisional ini merangkumi pengajian Quran,Hadis, Fiqh, Tauhid dan Tasawuf.
Para pengajar terdiri daripada para saudagar, pedagang dan pendakwah Islam dari Timur Tengah.
Dakwah Islamiah dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh para pedagang.
Sekolah pondok di Tanah Melayu.
Pendidikan pada era penjajahan (khususnya British) bermatlamat untuk mengisi tuntutan pentadbiran tanah jajahan dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Dasar pertama ialah mendirikan sekolah rendah dan sekolah menengah dengan menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Kurikulum pengajian telah dihadkan hanya kepada kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Sekolah rendah menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu hanya setakat darjah lima sahaja.
Sistem pendidikan pada era penjajahan British bersifat vernakular :
Sekolah rendah dan menengah persendirian Cina berkembang pesat terutamanya di kawasan perlombongan dan dikendalikan oleh komuniti setempat.
British juga menizinkan dan membantu kaum India membangunkan pendidikan pada peringkat rendah di ladang-ladang.
Sekolah Cina bermula selepas golongan pendatang dibawa masuk ke Tanah Melayu.
Kawasan penempatan yang dibina sekolah-sekolah akhirnya menjadi pusat pertumbuhan komersial.
Pendidikan Tamil di Tanah Melayu bermula pada tahun 1816 di Pulau Pinang.