LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)
Bertujuan menyemak semula perakuan yang terkandung dalam Penyata Razak (1956) :
Memperkukuh saranan pada Penyata Razak.
Pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu di semua sekolah.
Penggunaan bahasa Melayu di sekolah rendah Inggeris.
Reformasi struktur (persekolahan 9 tahun, bahasa, kurikulum, kemahiran, agama Islam, pendidikan moral).
AKTA PELAJARAN (1961)
Penegasan dasar pelajaran untuk menubuhkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang mampu memenuhi keperluan negara, menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik.
Prinsip umum akta ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cekap.
Peruntukan disediakan bagi mencapai keberkesanan dalam pelaksanaan dasar pendidikan yang ditetapkan.
LAPORAN HUSSEIN ONN (1971)
Tujuan utama : Mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara.
Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menggunakan kedua-dua bahasa ; bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu mula menjadi bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah Inggeris secara berperingkat.
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua bertujuan meningkatkan pembangunan negara.
Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah.
Guru-guru diberi latihan untuk hasil yang lebih baik.
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1979)
Pendidikan percuma.
Persekolahan 11 tahun.
Pengukuhan bahasa Melayu.
Kurikulum kebangsaan identiti Malaysia.
Pembangunan sekolah teknik dan vokasional.
Penegasan kepada kualiti dan pengurusan pendidikan.
RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN (1995)
Dasar pendidikan.
Kurikulum : KBSR & KBSM.
Pendidikan bertaraf dunia.
Flsafah Pendidikan Kebangsaan diwartakan bagi menggantikan Falsafah Pendidikan Negara.
AKTA PENDIDIKAN (1996)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi rujukan dalam penggubalan Akta Pendidikan 1996.
Sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan bagi semua peringkat persekolahan (pra sekolah-pendidikan tinggi) dan kategori sekolah (kerajaan, bantuan kerajaan, swasta).
Bahasa kebangsaan diperkukuh kedudukannya dengan menjadi mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Kurikulum kebangsaan selari dengan kehendak negara.
Peperiksaan seragam untuk semua murid.
Pendidikan Islam menjadi mata pelajaran teras untuk murid-murid beragama Islam.
Pendidikan pra sekolah diperluaskan.
Pendidikan teknik diperkasa dan diiktiraf.
Pendidikan guru diperkukuh melalui peruntukan untuk program-program sijil, diploma dan ijazah secara berkembar.
Pendidikan swasta dibantu melalui peruntukan untuk mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi.
Pendidikan khas diberi perhatian lebih dengan peruntukan mencukupi.
Status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan 60 buah sekolah Cina swasta dikekalkan.
Bahasa suku kaum diperuntukkan pengajarannya sekiranya memerlukan.