Perkembangan pendidikan Malaysia ditunjangi oleh dua dimensi dasar-dasar yang berkaitan iaitu:
Dimensi Vertikal (Menegak)
i. Taraf Pendidikan
Andaian semakin tinggi taraf pendidikan seseorang maka semakin meningkat modal insan dan semakin maju negara
ii. Peluang Pendidikan
Memberi peluang kepada semua warganegara memperoleh pendidikan tanpa diskriminasi oleh gender, etnik, agama, lokasi geografi, status sosial dan ekonomi serta perbezaan fahaman politik
iii. Tahap Persekolahan
Berkaitan dengan persekolahan mengikut peringkat
iv. Pendidikan berterusan
Dimensi Horizontal (Mendatar)
i. Demokrasi Pendidikan
Keadilan untuk semua pelajar memperoleh peruntukan, agihan prasarana dan infrastruktur, keselesaan, keselamatan dan sumber tenaga kerja yang berkualiti
ii. Penyebaran pendidikan
Penyebaran dan perluasan pendidikan pada peringkat lokal kepada peringkat global
iii. Merapatkan jurang pendidikan
iv. Pengantarabangsaan Pendidikan