Era Masyarakat Melayu Tradisional
Bertujuan meneruskan kelangsungan hidup dan penerus warisan.
Anak lelaki dididik menjadi ketua rumah manakala anak perempuan menjadi suri rumah.
Pengekalan status quo berdasarkan hierarki masyarakat iaitu; raja, pembesar, dan rakyat kebanyakan.
Pendidikan agam islam, adat, adab, pertahan diri, kesantunan budi bahasa, ekonomi dan kemasyarakatan.
Perkembangan institusi pendidikan agama di istana, madrasah dan sekolah pondok.
Era Penjajahan (1511-1957)
Bertujuan mengekalkan kuasa, penyebaran agama Kristian, dan penguasaan ekonomi.
Menerapkan ideologi liberalisasi, polarisasi, isolasi, dan dualisme.
Keagungan budaya dan ketuanan penjajah.
Pembentukan sekolah vernakular.
Sekolah, kurikulum, dan guru-guru berbeza.
Era Kemerdekaan (1956-1961)
Bertujuan menyatukan semua kaum menerusi sistem pendidikan yang seragam.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar.
Sekolah kebangsaan dibentuk.
Kurikulum kebangsaan dilaksanakan.
Peperiksaan awam diseragamkan.
Perundangan pendidikan; Akta Pelajaran 1961.
Era Pasca Merdeka
Bertujuan mengeratkan perpaduan, tenaga dan kemajuan negara.
Menaik taraf dan infrastruktur pendidikan.
Meluaskan pendidikan ke arah peringkat lebih tinggi.
Mengurangkan keciciran murid dan membasmi buta huruf.
KBSR dan KBSM diperkenalkan.
FPK diwartakan.
Perundangan pendidikan; Akta Pendidikan 1996.
Era Masa Kini dan Masa Depan
Perluasan pendidikan awal kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah, menengah dan IPT.
Mengukuhkan sekolah kebangsaan.
Pengukuhan bahasa kebangsaan dan bahasa kedua.
Kukuhkan kurikulum kebangsaan (KSSR dan KSSM).
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Perkasakan pendidikan teknikal.