Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi ke Sekolah (BYODS) SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur
TOR Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi ke Sekolah (BYODS).
Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi ke Sekolah (Bring Your Own Device to School - BYODS) telah digubal melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2018 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dasar ini membenarkan murid membawa peranti tertentu ke sekolah sebagai sokongan kepada proses PdPc digital, dengan syarat mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
SMK Taman Setiawangsa melalui Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan dasar di peringkat sekolah agar penggunaan peranti dapat meningkatkan keberkesanan PdPc tanpa menjejaskan disiplin dan keselamatan murid.
Menyediakan garis panduan yang jelas berkaitan peraturan membawa dan menggunakan peranti di sekolah.
Memastikan semua peranti didaftarkan, dipantau dan digunakan mengikut tujuan PdPc.
Menjamin keselamatan murid, integriti sistem sekolah serta mengelakkan salah guna peranti.
Melibatkan kerjasama semua pihak (guru, ibu bapa/penjaga, PIBG, dan murid) dalam pelaksanaan dasar BYODS.
Jenis peranti dibenarkan: komputer riba, tablet (Android/IOS), peranti audio dan peranti lain yang menyerupai fungsi komputer riba.
Telefon bimbit & telefon pintar tidak dibenarkan sama sekali.
Semua peranti perlu didaftarkan dan mempunyai slip kebenaran daripada pihak sekolah.
Pihak sekolah berhak membuat pemeriksaan berkala ke atas peranti.
Penggunaan peranti adalah tertakluk kepada masa dan tempat yang ditetapkan sekolah.
Peranti yang tidak mematuhi syarat boleh dirampas dan disimpan oleh pihak sekolah mengikut prosedur.
Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab terhadap kerosakan, kehilangan atau penyelenggaraan peranti anak masing-masing.
Segala penggunaan peranti hendaklah mematuhi:
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Akta Komunikasi & Multimedia 1998 (Akta 588)
Garis panduan, pekeliling dan etika KPM yang sedang berkuat kuasa.
Pengerusi: Pengetua : Menentukan hala tuju program dan memberi kelulusan.Â
Naib Pengerusi 1, 2 & 3: Penolong Kanan (Pentadbiran / HEM / Kokurikulum) :Memberi bimbingan, sokongan, dan nasihat dalam pelaksanaan.Â
Setiausaha: Guru Penyelaras BYODS : Mengurus dokumentasi, surat menyurat, dan laporan.Â
Penyelaras BYODS (pagi) : Menyelaras dan memantau perjalanan program di sesi pagi
Penyelaras BYODS (Petang) :Menyelaras dan memantau perjalanan program di sesi petang
Unit Teknikal ( Guru ICT) : Memberi sokongan teknikal, penyelenggaraan, dan menyelesaikan masalah berkaitan peranti/rangkaian.Â
PDPC ( Guru subjek kelas BYODS): Mengintegrasi penggunaan peranti dalam PdP serta memantau murid.Â
Pemantau : Memastikan peraturan dipatuhi dan menilai keberkesanan program.Â
Penyelaras Laman Sesawang : Mengurus dokumentasi digital, laporan dan hebahan dalam talian berkaitan program.Â
Guru Disiplin: Memastikan murid akur kepada peraturan sekolah tentang penggunaan peranti
AJK Murid : Membantu rakan sebaya, menjadi contoh penggunaan peranti secara berhemah.Â
Menentukan jenis peranti yang dibenarkan.
Mendaftar, merekod dan mengeluarkan slip kebenaran peranti.
Menyimpan rekod rampasan peranti (tarikh, masa, jenis peranti, nama murid, tandatangan).
Menyediakan kemudahan pengecasan peranti (terutama murid asrama) dengan kerjasama PIBG.
Memantau penggunaan peranti dalam kelas mengikut jadual dan aktiviti PdPc.
Menyediakan laporan pelaksanaan dasar kepada PPD/JPN apabila diperlukan.
Mengurus rampasan peranti jika berlaku pelanggaran syarat.
Menentukan tindakan disiplin bagi kes salah laku serius.
Menjadi penghubung antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam isu disiplin berkaitan peranti.
Menyediakan peranti peribadi untuk anak-anak mereka dengan sah.
Mengisi borang pendaftaran dan aku janji.
Menuntut kembali peranti yang dirampas dalam tempoh 7 hari bekerja.
Memastikan anak menjaga keselamatan dan penggunaan peranti secara beretika.
Membawa hanya peranti yang berdaftar.
Memastikan peranti dicas sepenuhnya sebelum dibawa ke sekolah.
Menggunakan peranti hanya ketika PdPc atau waktu yang dibenarkan.
Melaporkan kehilangan atau kerosakan kepada pihak sekolah dengan segera.
Mematuhi Akta Pendidikan, Akta Komunikasi & Multimedia serta peraturan sekolah.
Berkuasa membuat pemeriksaan berkala ke atas peranti.
Berhak merampas peranti yang melanggar syarat serta menyimpannya mengikut prosedur.
Berkuasa menggantung atau menarik balik kebenaran membawa peranti sekiranya berlaku pelanggaran serius.
Menentukan kes disiplin serius dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin Sekolah untuk tindakan lanjut.
TOR ini berkuat kuasa mulai Januari 2025 sehingga ada pemakluman rasmi baharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia atau pindaan oleh pihak sekolah.
TOR ini menjadi rujukan rasmi dalam pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi ke Sekolah (BYODS) di SMK Taman Setiawangsa. Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan PdPc dapat diperkasa melalui penggunaan teknologi secara beretika, terkawal, dan selaras dengan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
📌 Sumber rujukan utama:
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun 2018: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi ke Sekolah.
Peraturan & Panduan SMK Taman Setiawangsa (2025).
a) 100% penglibatan murid kelas 5A, 5D, 5C, 4A, 4D, 4C, 3A, 3C, 2A, 2C, 2S dalam semua aktiviti berkaitan BYODS & PdPc digital.
b) 100% guru mata pelajaran yang mengajar kelas sasaran melaksanakan PdPc sekurang-kurangnya 2 kali sebulan menggunakan peranti / aplikasi digital.
c) Sekurang-kurangnya 2 bengkel / sesi latihan digital dijalankan untuk guru & murid bagi meningkatkan kemahiran ICT.
Â
6.2 Outcome
a) Sekurang-kurangnya 3 aplikasi pembelajaran digital digunakan secara konsisten dalam PdPc (contoh: Quizizz, Padlet, Kahoot, Google Classroom, Canva).
b) Sekurang-kurangnya 2 projek ICT berasaskan kolaboratif (contoh: video pembelajaran, e-magazine, poster digital, laman blog PdPc).
c) 80% murid mencapai TP4 dan ke atas dalam semua subjek yang dipelajari (berbanding sasaran TP3 pada 2024).
d) 70% guru melaksanakan PdPc digital berinovasi (contoh: flipped classroom, gamifikasi, project-based learning dengan ICT).
e) Sekurang-kurangnya 1 penyertaan pertandingan ICT / inovasi / digital peringkat daerah/negeri melibatkan murid daripada kelas sasaran.
f) Tahap kepuasan murid & guru terhadap program BYODS mencapai sekurang-kurangnya 85% (melalui soal selidik akhir tahun).
(g) Peningkatan 10% pencapaian purata gred (GPMP) bagi kelas kelas BYODS (kecuali kelas 1A,1C & 1D) berbanding tahun 2024.