Tarikh: 24 SEPTEMBER 2025
Masa: 1.45 petang – 3.45 petang
Tempat: BILIK GOOGLE CLASSROOM
Penceramah: Norisyati binti Ismail, Penyelaras BYODS
Memperkenalkan guru kepada kepelbagaian AI tools dalam DELIMa 2.0.
Membimbing guru menulis prompt berkesan untuk PdPc.
Memberi contoh integrasi AI dalam subjek menengah atas.
Mengurangkan beban penulisan RPH dan tugasan perkeranian melalui automasi AI.
Pengenalan & Etika AI
Penerangan AI Tools:
ChatGPT / Gemini → idea penulisan, RPH, latihan murid
Copilot → ringkasan dokumen, penjanaan jadual/data
Conker AI → kuiz & latihan automatik
Suno AI → muzik & audio kreatif untuk PdPc
Contoh Aktiviti Subjek (BM, BI, Sains, Matematik, Seni, Akaun, dll.)
Hands-on Aktiviti: Guru menulis prompt teks & imej, serta merancang 1 aktiviti PdPc.
Refleksi & Perkongsian
Ice Breaking: “Kenali AI Tool” (Padankan fungsi → aplikasi)
Prompt Challenge: Guru cipta 1 prompt teks & 1 prompt imej
Lesson Design: Setiap guru hasilkan 1 idea aktiviti AI untuk subjek mereka
📊 Hasil Bengkel
Guru mampu menulis prompt asas & kreatif.
Guru memahami perbezaan fungsi AI tools.
Guru dapat menghasilkan contoh aktiviti AI untuk kelas BYODS.
Bengkel ini berjaya meningkatkan literasi digital guru serta menunjukkan potensi besar AI untuk memudahkan PdPc, menambah baik interaksi murid, dan mengurangkan beban perkeranian.
Tarikh: 26 Februari 2025
Hari: Rabu
Masa: 2.00 – 2.30 petang
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Taman Setiawangsa
Kehadiran: Semua murid kelas BYODS 2025 & Guru Subjek Kelas BYODS 2025
Memberi penerangan jelas kepada murid tentang tujuan pelaksanaan program Bring Your Own Device to School (BYODS).
Menjelaskan garis panduan penggunaan peranti bagi tujuan pembelajaran.
Mengingatkan murid tentang tanggungjawab dan etika semasa menggunakan peranti.
Mengagihkan serta menerangkan borang akuan penglibatan program BYODS.
Tujuan Penggunaan Peranti
Murid hanya dibenarkan menggunakan peranti bagi tujuan PdP, pembelajaran kendiri, dan aktiviti akademik sekolah.
Salah Laku Penggunaan
Murid dilarang menggunakan peranti untuk tujuan hiburan, permainan, media sosial tanpa kaitan dengan PdP, atau apa-apa aktiviti yang menjejaskan disiplin.
Tindakan tatatertib akan dikenakan sekiranya peranti digunakan untuk tujuan selain daripada PdP.
Borang Akuan
Semua murid yang terlibat perlu melengkapkan borang akuan penglibatan BYODS sebagai tanda persetujuan mematuhi peraturan.
Borang yang telah ditandatangani murid dan ibu bapa perlu diserahkan kepada guru kelas selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan.
Penjagaan Peranti
Setiap murid bertanggungjawab menjaga peranti sendiri.
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan atau kecuaian dalam penggunaan peranti.
Melalui sesi libat urus ini, murid diberikan kefahaman menyeluruh mengenai pelaksanaan BYODS serta peranan mereka dalam memastikan program berjalan lancar. Penekanan diberikan kepada penggunaan peranti secara beretika, tanggungjawab kendiri, dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Tarikh: 9–10 November 2024
Tempat: Datum Jelatek Shopping Center, Kuala Lumpur
Penganjur: Pejabat Pendidikan Daerah Keramat, Kuala Lumpur
Seramai 5 orang murid Kelas 4 Amethyst, SMK Taman Setiawangsa telah menyertai pertandingan ini.
Projek yang dihasilkan adalah sebahagian daripada Project-Based Learning (PBL) selama 2 bulan di bawah program BYODS (Bring Your Own Device to School).
Tajuk projek: Model Smart City – Smart House.
Murid menghasilkan model rumah pintar yang dilengkapi dengan ciri inovatif, antaranya:
Pintu berasaskan arahan suara (voice-activated door).
Panel solar sebagai sumber tenaga lestari.
Sensor cahaya automatik untuk menjimatkan elektrik.
Reka bentuk mesra alam dengan konsep penjimatan tenaga dan kelestarian.
Projek dipersembahkan menggunakan Canva dan bahan digital lain bagi menyokong penerangan model fizikal.
Kumpulan ini telah terpilih sebagai 10 sekolah menengah terbaik, seterusnya berpeluang membuat pameran dan bertanding di Datum Jelatek Shopping Center.
Memberi pendedahan kepada murid tentang teknologi pintar dan aplikasi STEM dalam kehidupan seharian.
Mengasah kemahiran kolaborasi, kreativiti, komunikasi dan penyelesaian masalah melalui tugasan kumpulan.
Menunjukkan kemampuan murid menggunakan teknologi digital (Canva, peranti BYODS) dalam menghasilkan bahan pameran.
Meningkatkan kebolehan murid untuk membentangkan idea inovatif kepada khalayak umum dan pihak profesional.
Meningkatkan reputasi sekolah dalam bidang inovasi pendidikan dan ICT.
Pautan video saringan pertama: drive.google.com/file/d/17BxRW-jEUtKsHFY27pgBdA-GnQFIdAh9/view?usp=sharing
Team BYODS dari 4 Amethyst 2023 telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Karnival Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Keramat 2023
Tajuk yang telah mereka persembahkan dan pamerkan adalah FUEL 2 FIT U.
Sila klik link ini untuk melihat hasil projek PBL mereka.
https://linktr.ee/fuel2fitu
Team BYODS dari 4 Diamond 2022 telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Showcase: Our Digitalization Journey bagi peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2022.
Tajuk yang telah mereka persembahkan dan pamerkan adalah COMPOST.
Studio PSS telah ditubuhkan pada 13 Mac 2021. Bermula dari tarikh itu studio ini telah dinaiktaraf dan disediakan kemudahan lain seperti dinding telah cat hijau, lantai telah dinaiktaraf di tukar dan disediakan lighting yang bersesuaian bagi pengambaran.