Unit Psikologi & Kerjaya

Sejarah perkhidmatan kaunseling dan bimbingan psikologi di negara kita bermula pada tahun 1962 dan telah mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan sejak itu. Setakat ini perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diperluaskan ke semua peringkat termasuk kementerian, jabatan, institusi pendidikan sama ada di sekolah atau kolej, perkhidmatan ini sudah sinonim dengan pelajar.

Menyedari kepentingan sistem sokongan ini kepada pelajar, Unit Kaunseling dan Kerjaya telah ditubuhkan untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai jenis perkhidmatan berkaitan.


Objektif Bimbingan dan Kaunseling

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING & KERJAYA

Bertemu dengan kaunselor tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Pelajar boleh membuat temujanji hanya dengan datang ke bilik kaunseling, atau tinggalkan pesanan jika kaunselor bertugas di tempat lain. Dengan sistem teknologi maklumat yang canggih, pelajar boleh menghantar sebarang mesej kepada kaunselor melalui e-mel, asalkan ia berhemah dan sesuai dengan budaya sosial Malaysia. Atau hubungi Penyelaras Kaunseling dan Pensyarah Jabatan. Jangan fikir kita tahu segala-galanya, kadang-kadang kita tidak tahu apa yang kita tahu.

Email : maslina@psp.edu.my

Carta Organisasi : Unit Psikologi & Kerjaya

Unit Kaunseling akan beroperasi mengikut waktu pejabat dan hari perkuliahan. pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan bimbingan kauseling dan kerjaya pada masa berikut :