GALERI MAYA NILAM SARI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK SEBERANG PERAI

-Menerusi Memori Kegemilangan Politeknik Seberang Perai-

OBJEKTIF PENUBUHAN GALERI NILAM SARI



VISI & MISI POLITEKNIK SEBERANG PERAI

     VISI

Menjadi Institusi TVET Perdana Selaras dengan Pembangunan Perindustrian

     MISI

Melahirkan Graduan Holistik Berkemahiran Keusahawanan melalui Program TVET Dinamik dan Diiktiraf Peringkat Antarabangsa Selaras dengan Keperluan Industri

Lagu Rasmi Politeknik Seberang Perai

SEJARAH & LATAR BELAKANG

Politeknik Seberang Perai

Politeknik Seberang Perai (PSP) mula beroperasi pada 1 September 1998 dan dilancarkan secara rasmi pada 27 November 1999 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Tahun 2023 PSP menyambut 25 tahun pengoperasiannya bukanlah satu proses yang singkat. Sambutan Jubli Perak 25 tahun PSP adalah sangat bertepatan dengan kejayaan dan pencapaian cemerlang yang berjaya diraih oleh warga PSP. Logo rasmi 25 tahun PSP telah direka sebagai simbolik Sambutan Jubli Perak PSP meraikan kejayaan-kejayaan yang lalu serta sebagai penanda aras untuk kejayaan-kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Jambatan        : Menunjukkan seluruh warga PSP terus 

                            menyokong sesama sendiri untuk terus 

                            membangun dan terus cemerlang.

 

Reben         : Keamanan dan keharmonian di dalam 

                           kampus PSP.

 

Warna Kuning : Optimis dan sentiasa semangat dalam 

                           mencapai kejayaan.

 

Warna Putih   : Sentiasa melahirkan Pemikiran Positif    

                          dalam suasana Kampus PSP.

 

Warna Hitam  : Mencerminkan kekuatan dan keberanian 

                          sentiasa setia berbakti.