Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) menawarkan kursus-kursus pengajian di peringkat Diploma. Sejak dari sesi Januari 1999, kursus-kursus pengajian bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi diletakkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Ekoran daripada penstrukturan semula Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2007, telah diwujudkan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menawarkan kursus-kursus pengajian dibidang berkaitan.
Disamping kursus sepenuh masa, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga menawarkan kursus secara sambilan (part-time) di peringkat Diploma . Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai lima blok bangunan yang dikongsi bersama Jabatan Kejuruteraan elektrik terdiri daripada bangunan pentadbiran, dua blok bilik kuliah dan makmal serta bengkel. Makmal-makmal yang canggih berupaya mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara “hands-on” kepada pelajar-pelajar. Makmal Perkakasan, Perisian, Multimedia/Hypermedia, Makmal Komunikasi Data dan Makmal Rangkaian membolehkan para pelajar untuk berlatih asas komputer serta kemahiran merekabentuk perkakasan dan perisian dan juga sistem rangkaian komputer.