Perpustakaan Politeknik Seberang Perai memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan untuk menyokong dan membantu pengguna dalam proses penyelidikan, kajian dan pembelajaran mereka.
Perpustakaan Politeknik Seberang Perai mempunyai keluasan bangunan 3,000 meter persegi dan boleh memuatkan 800 pembaca pada masa yang sama.Perpustakaan ini dibuka kepada pengguna pada 19 Julai 1999, dan mula menyediakan perkhidmatan pinjaman pada 25 Oktober 1999.
Perpustakaan ini menyediakan koleksi lebih 40,000 buku rujukan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan.Selain melanggan akhbar tempatan, ia juga melanggan lebih 50 majalah dan bersiri. Sistem klasifikasi yang digunakan ialah Library of Congress dan sistem pengendalian dan perkhidmatan komputer yang dikenali sebagai Polytechnik Management Information System- Library Information System (PMIS/LIS), yang telah digunakan mulai 22 April 2003 untuk menggantikan sistem ILMU yang terdahulu. direka bentuk untuk menyelaras sistem rangkaian komputer semua politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
VISI DAN MISI UNIT PERPUSTAKAAN
To contribute to the enhancement of knowledge through easy access, dissemination and sharing of resources in Technical and Vocational Education and Training (TVET)
Build a quality collection and provide efficient and systematic services and facilities.
OBJEKTIF UNIT PERPUSTAKAAN
To detect, collect, store, manage, provide, and disseminate appropriate, quality, and latest resources.
To provide excellent library services in line with the development of information technology.
To create a conducive environment in order to nurture a knowledge-based culture.
MOTTO UNIT PERPUSTAKAAN
PIAGAM PELANGGAN UNIT PERPUSTAKAAN
Kakitangan perpustakaan berikrar akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan melakukan tugasnya dengan sangat baik dengan cara berikut :
Memberikan layanan yang ramah pelanggan
Proses perolehan bahan perpustakaan dalam waktu 14 hari berkerja.
Memproses bahan keluaran bersiri terbaru dalam 5 hari berkerja.
Mengendalikan pemindahan data pendaftaran keahlian pelajar dalam waktu 15 hari setelah pendaftaran.
Meyimpan semula buku yang dikembalikan dalam 1 hari berkerja.
Melaksanakan Kelas Maklumat -Literasi mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan kutipan dalam masa 3 minit.
Memberi maklum balas mengenai pertanyaan rujukan penyelidikan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.