Pembentukn peradaban majmuk di Malaysia tidak terbentuk secara tiba tiba, tetapi ianya merupakan hasil daripada latar belakang sejarah perpindahan, penjajahan, dan perkembangan ekonomi yang membawa masuk pelbagai kaum ke tanah Melayu. Kepelbagaian etnik seperti Melayu, Cina, India, dan pribumi Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan tradisi di negara kita. Walaupun berbeza latar belakang, perpaduan dalam kepelbagaian ini menjadi asas penting dalam membina negara yang aman, harmoni dan bersatu. Tambahan, usaha untuk terus memupuk toleransi, kefahaman dan kerjasama antara kaum amat penting demi kelangsungan peradaban majmuk yang kukuh di Malaysia.
Di sudut lain, dalam menghadapi cabaran globalisasi dan perpecahan sosial, rakyat Malaysia khususnya golongan muda memainkan peranan penting untuk mengekalkan keharmonian ini dengan cara saling memahami, menghormati perbezaan, dan bekerjasama dalam semua aspek kehidupan. Dengan itu kita mampu membina sebuah peradaban majmuk yang bukan sahaja kukuh, tetapi juga dihormati di serata dunia.