PERKEMBANGAN BUDAYA BAHASA
Bahasa melayu ialah bahasa kebangssaan dan bahasa perpaduan menerusi Perlambagaan Perseketuan , penggunaan Bahasa Melayu adalah bukan saja alat komuniaksi tetapi simbol identiti kebangsaan yang menyatukan masyarakat berbilang kaun , melalui pendidikan , pentadbiran dan media Bahasa Melayu menjadi bahasa utama integrasi dalam kalangan masyarakat majmuk.
Selain itu , masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum , Melayu , Cina , India dan juga etknik Sabah dan Sarawak. Setiap etnik mengekalkan bahasa ibunda masing masing seperti Mandarin , Tamil , Iban , Kadazandusun dan lain-lain. Kepelbagaian bahasa ini memperkayakan budaya dan membentuk peradaban majmuk yang unik
Peranan bahasa inggeris juga main peranan besar dalam perkembangan budaya bahasa , bahasa ingerris digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan yang tinggi , sains ,teknologi , perniagaan dan diplomasi dalam masyarakat kita , Masyarakat Malaysia sering mengamalkan percampuran bahasa dalam komunikasi harian , contohnya gabungan Bahasa Melayu , Inggeris , Mandarin dan Tamil , ini boleh membuat sifat yang fl eksibel dalam masyarakat majmuk dan mencipta budaya bahasa yang tersendiri.
Bahasa menjadi wahana utama dalam menyampaikan nilai , adat dan budaya bagi setiap kaum , interaksi lintas bahasa wujudkanlah , nilai toleransi , hormat-menghormati dan persefahaman yang membentuk asas peradaban Malaysia.
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang terdiri daripada banyak masyarakat. Kepelbagaian ini bukan sahaja memperkayakan warisan budaya , malah turut membentuk perkembangan budaya makanan yang menjadi asas kepada pembinaan peradaban majmuk di negara kita ini.
Makanan tradisional setiap kaum ialah identiti dan nilai budaya masing masing. Sebagai contoh , masakan Melayu terkenal dengan penggunaan rempah dan santan seperti dalam hidangan rendang dan nasi lemak. Perkongsian makanan antara kaum telah melahirkan satu budaya kulinari masakan yang harmoni dan unik kepada masyarakat , Hidangan seperti teh tarik , nasi lemak , char kuey teow dan laksa kini dinikmati oleh semua kaum tanpa mengira latar belakang kaum tersebut. Ini melambangkan nilai toleransi dan persefahaman antara masyarakat majmuk.
Selain itu , makanan juga ialah perpaduan semasa perayaan seperti Hari Raya , Tahun Baru Cina , Deepavali , Gawai dan Kaamatan apabila masyarakat saling meraikan serta berkongsi juadah
Perkembagan budaya makanan di Malaysia mencerminkan kekayaan warisan dan kepelbagain kaum yang hidup bersama dalam harmoni. Melalui makanan terbina peradaban majmuk yang unik , sekali gus menjadikan Malaysia dikenali sebagai Negara yang penuh dengan kulinari yang berbeza.
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang kaya dengan pelbagai budaya. Satu aspek yang penting kepada peradaban majmuk di negara ini ialah perkembangan budaya pakaian. Semua kaum mempunyai pakaian tradisional masing-masing yang melambangkan identiti dan warisan budaya meraka. Sebagai contoh Kaum Cina mempunyai pakaian tradisional seperti Cheongsam dan Samfu yang menunjukkan keanggunan dan kesederhanaan.
Kepelbagaian pakaian ini bukan sahaja dipelihara sebagai simbol budaya , tetapi turut diperkembangkan melalui fesyen zaman sekarang. Masyarakat Malaysia saling menggayakan pakaian tradisi kaum lain sebagai setanda keharmonian. Contoh dilihat ketika sambutan Hari kebudayaan , majlis rasmi dan perayaan, di mana masyarakat berbilang kaum menghargai dan menghormati kepelbagaian fesyen tradisional
Perkembangan budaya pakaian di Malaysia membuktikan bahawa kepelbagaian kaum dapat hidup bersama-sama dengan harmoni
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada masyarakat Melayu , Cina , India serta pelbagai etnik di Sabah dan juga Sarawak. Pelbagai-bagai kaum ini membuat Malaysia kaya dengan tradisi dan perayaan yang unik. Perayaan bukan sahaja menjadi lambang identiti budaya , malah berperanan penting dalam membina perdaban majmuk yang harmoni
Setiap kaum di Malaysia meraikan perayaan mereka dengan penuh semangat . Sebagai contoh perayaan Di Sabah dan Sarawak masyarakat Kadazandusun dan Iban menyambutkan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Perayaan dekat Malaysia diraikan oleh kaum masing-masing , tetapi dikongsi ramai bersama oleh seluruh masyarakat Malaysia melalui rumah terbuka.
Budaya rumah terbuka telah menjadi simbol perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. perayaan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami adat dan kepercayaan kaum lain , sekali gus mewujudkan sikap toleransi dan hormat-menghormati.
Perkembangan budaya perayaan di Malaysia telah membentuk satu identiti nasional yang sangat unik. Perayaan bukan sahaja memperlihatkan kepelbagaian warisan budaya , tetapi menjadi sumber penting dalam membina peradaban majmuk yang harmoni dan sejahtera di negara Malaysia.