Pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral(JAPIM) telah menjalankan kolaboratif dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 26 Februari 2025.Unit PIMK 1 dan 2 terlibat dalam program ini. Telah berlaku pembentangan Pentaksiran Berterusan(PB) oleh JAPIM dan taklimat pembentangan perancangan usim di sana. Semua pelajar PIMK 1 dan 2 ,serta pensyarah akademik PIMK 3243,PIMK 3253 dan PIMK 3263 dan pensyarah Pengajian Al-quran dan sunnah terlibat dalam program tersebut.
PIMK 1 dan 2
BERSAMA PENSYARAH USIM
SLOT KPPB
SLOT USIM
Tujuan program ini adalah :-
Bengkel ini wajar diadakan untuk memenuhi elemen KPPB dan memberi peluang untuk pelajar merasai suasana sebenar pembelajaran.
Bengkel ini diadakan untuk membangun Sahsiah dan Karakter pelajar melalui pengamalan hadis dan akhlak. Bengkel ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada siswa dan siswi guru mengenai isu-isu keruntuhan akhlak dan cara menanganinya dalam kalangan pelajar melalui pengamalan hadis dan akhlak.
Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan integrasi pendidikan akhlak yang bersumberkan hadis ke dalam kurikulum Pendidikan Islam Malaysia. Kelulusan kertas kerja ini membolehkan bengkel dijalankan dengan objektif yang jelas dan terarah untuk memperkukuh pendidikan akhlak dalam pendidikan Islam
Bengkel ini akan membantu dalam merangka kurikulum yang lebih menyeluruh, yang tidak hanya menekankan aspek ilmu agama, tetapi juga mengutamakan aspek pembentukan peribadi dan moral dengan mengintegrasikan nilai-nilai akhlak yang bersumberkan hadis ke dalam kurikulum Pendidikan Islam
Bengkel ini dapat membantu membentuk generasi yang lebih berakhlak mulia, mengamalkan nilai moral yang tinggi, dan mengurangkan isu-isu sosial dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan pendidikan akhlak yang lebih kuat berasaskan hadis dalam kurikulum Pendidikan Islam.
Tanpa bengkel ini, kurikulum Pendidikan Islam mungkin akan terus berfokus pada ilmu agama tanpa memberi perhatian yang mencukupi kepada pengajaran akhlak. Ia boleh menghasilkan pelajar yang berpengetahuan agama tetapi kurang dalam penerapan akhlak dalam kehidupan seharian mereka, yang akhirnya merugikan perkembangan holistik pelajar.