OBJEKTIF :
Mengukur debu,asap dan bahan tercemar udara lain yang menjejaskan kualiti makanan jika terdedah
Mengukur kelembapan dan suhu yang memacu kepada pertumbuhan kulat pada makanan
Untuk memantau kualiti makanan yang dijual dari aspek habuk di persekitaran serta suhu dan kelembapan yang dijual kepada orang awam. Kami juga akan meminta izin pemilik gerai untuk meletakkan alat arduino dalam tempoh beberapa waktu bagi mendapatkan data dan bacaan di kawasan tersebut.
Selain itu, kami akan menemubual beberapa orang awam untuk mendapatkan pendapat berkenaan makanan yang dijual sama ada memberi kesan kepada mereka ataupun tidak