OBJEKTIF :
Mengukur tahap kelembapan dan suhu udara dalam indoor dan outdoor
Membuat perbandingan tahap CO2 indoor gym dan open area
Menguji tahap pendedahan UV kepada orang awam
Projek ini menggunakan ESP32 bersama sensor CO2, kelembapan, suhu, dan bunyi untuk membandingkan persekitaran bersukan di dalam gym dengan kawasan terbuka. Data dikumpulkan untuk menganalisis parameter kualiti udara, tahap kelembapan, suhu persekitaran, dan tahap bunyi. Matlamat utama projek ini adalah untuk menentukan kesan persekitaran terhadap keselesaan dan prestasi individu yang bersenam dalam dua konteks berbeza. Hasil kajian boleh digunakan untuk memberikan panduan kepada penggemar sukan mengenai pilihan lokasi bersenam yang lebih sihat dan berkesan.