3C (CLIMATE, CONSERVE, COLLECTIVE)
OBJEKTIF :
• UNTUK MENGUKUR TAHAP KELEMBAPAN, SUHU DAN KARBON DIOKSIDA
UNTUK MENGUKUR PARTICULATE MATTER (PM 2.5)
Alat kajian ini bertujuan untuk mengukur kualiti udara di kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Sepang. Kajian akan memantau parameter seperti kelembapan, suhu, karbon dioksida (CO2), dan zarah halus (PM2.5). Alat Arduino yang dilengkapi dengan sensor-sensor akan digunakan untuk mengumpul data persekitaran bagi menilai potensi risiko terhadap kualiti udara di kawasan tersebut. Selain itu, alat ini juga akan dipasang di kawasan sekitar untuk tempoh masa tertentu. Maka, data yang diperoleh akan membantu mengenal pasti potensi risiko kesihatan akibat pendedahan kepada udara yang tercemar atau perubahan dalam parameter persekitaran.