OBJEKTIF :
Mengukur Tahap Particulate Matter yang berada di dalam kawasan tertutup yang padat dengan penghuni
Mengukur tahap CO2,Kelembapan dan suhu bagi kawasan tertutup yang padat dengan penghuni.
Mengukur Tahap Pencahayaan bagi kawasan tertutup.
Alat elektronik ini berfungsi untuk memantau particulate matter (PM), kelembapan, dan suhu di dalam bilik yang padat dengan penghuni. Dilengkapi dengan sensor yang mengesan zarah-zarah halus seperti PM2.5 dan PM10, alat ini memastikan kualiti udara berada pada tahap yang selamat.Sensor kelembapan dan suhu membantu memantau keadaan persekitaran, memastikan keselesaan penghuni serta mencegah pertumbuhan kulat atau bakteria yang disebabkan oleh kelembapan tinggi.Data dipaparkan secara masa nyata, membolehkan tindakan segera diambil untuk meningkatkan pengudaraan atau menggunakan alat penapis udara, demi memastikan persekitaran dalaman kekal sihat dan selesa.