Insyaallah, tanggal 21 Ogos 2010 / 11 Ramadhan 1431, jam 2 pagi, rombongan kami akan memulakan perjalanan ke perkampungan Orang Asli, Kg.Teji , Kg. Abu & Kg. Selangkar , Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.
Misi kali ini bertemakan "MARI MENGAJI" yang akan menyampaikan ayat Allah ke dalam hati mereka. InsyaAllah target kali ini untuk mengajar penduduk yang berpotensi menghafal surah-surah pendek, mengajar penduduk (ayah,emak dan anak) mengaji, dan memantapkan bacaan anak-anak yang sudah pandai membaca IQRO'.
Disamping itu,sebelum iftar jama'ie, kami akan masak beramai-ramai bersama orang kampung. Dituruti dengan solat jemaah, tazkirah dan terawih, InsyaAllah.Kami juga akan mengadakan Mass Gathering bersama orang kampung dan sesi soal jawab tentang puasa, solat dan sebagainya,InsyaAllah.
Segala amanah yang diberi melalui sumbangan orang ramai InsyaAllah akan kami sampaikan.
Abe Yatim mengajak saya untuk makan di rumahnya malam selepas terawih.
Saya tanyakan,
abe sudah hafal bacaan dalam solat.
Alhamdulillah, cuma doa qunut sahaja masih susah nak hafal.
Tak mengapa. Abe sahur jam berapa?
Jam 4 pagi sudah bangun
Oh, boleh la abe buat solat sunat. Abe dah hafal semua.
Abe ingat nak belajar dari Adil, tapi dia tiada.
Adil jadi imam di Kg. Abu... Apa yang abe nak tanya?
Macamana nak solat sunat?
Oh, senang je abe. 2 rakaat, bacaan sama seperti solat fardu, yang beza hanya niat.
Menganggukkan kepala tanda faham.
Ya Allah, hati yang baru shahadah itu begitu semangat ingin beribadah kepada Allah, Subhanallah.
Abe bangun jam 6 pagi, pergi surau bersama beberapa orang kampung, solat subuh di sana.
Alhamdulillah.
Saya masuk kerumah abe Yatim, melihat tertampal didinding, bacaan-bacaan dalam solat ditulis dalam tulisan rumi. Usaha anak-anak angkat program yang lepas. Terima kasih adik-adik yang menyambung tugasan ini. Harap akan terus kesana memberi tunjuk ajar kepada mereka.
Hati yang suci itu, memberi tarbiyah kepada hati saya. Terima kasih Allah.
Kami kesana bukan sahaja untuk memberi, tetapi untuk menerima segala ilmu dan tarbiyah yang disampaikan oleh Allah melalui setiap insan yang terlibat sepanjang program.
Alhamdulillah.
" bunyi apa ketuk-ketuk tuh? sewang ke?" gurauku pada Huda, si manis di kampung Teji. kemudian Huda hanya tersengih sambil gelak besar bersama kakaknya Imah.
"Ye kak.."
"sewang?malam-malam ni?sape yang bersewang?" balasku hairan tanpa sedar sebenarnya jantungku meruntun laju ketakutan. "haish, apa pula malam ni Abe dan Amek nak bersewang pula.." aku bermonolog.
"Abe dengan Amek,kak.." sambil ketawa.Ketika ini, aku masih waswas dengan jawapan mereka. Aku pun tergelak sama. Setelah ketawa berbaki, telinggaku sekali lagi menangkap bunyi buluh yang diketuk-ketuk dan ditambah pula dengan suara nyayian daripada mereka.Terduduk terus aku dari pembaringan bersama-sama muka yang seakan ketakutan.
"Awak betul-betul Huda, Imah...tak kan Abe bersewang pula malam ni..kenapa?" tanyaku lagi.
"iyelah akak, Abe dan Amek bersewang..kahkahkah..."
Apa yang membuatkan aku lebih takut apabila mereka berdua ketawa lebih berdekah-dekah. Aku pun apa lagi, berlari keluar dari rumah mereka dan terus turun ke tapak catering COMRADE ditemani oleh Najari, adik angkat kesayanganku.
Benarlah kata-kata Huda dan Imah, Abe dan Amek sedang bersewang di dalam rumah bersebelahan. terkedek-kedek aku berlari turun ke catering. Najari pula telah mendahului aku di hadapan. Mana tidaknya, rumah yang menjadi tempat sewang itu gelap, hanya bunyi ketukan buluh dan suara manusia yang kedengaran.
Tibanya aku di catering, aku disuruh pula memanggil semua peserta di setiap rumah keluarga angkat masing-masing. Dalam keadaan takut-takut berani, aku cuba untuk melintasi rumah sewang tersebut, malangnya ketika itu takutku melampaui dari segalanya, aku berlari turun semula.Kemudian, sekali lagi Najari menemaniku.
Dipertengahan jalan, Najari tiba-tiba hilang. Aku menjerit memanggil dia sambil melangkah kaki.
"Poooooommmmmmmmmmm....kakak, belakang kakak!!!" Jeritan Najari begitu kuat membuatkan aku hilang arah dan menggigil ketakutan.
"Naaajaaariiiiiii....jangan buat macam tu.."
"Kakak, jangan bising..nanti orang sewang marah.."
"awak yang kejutkan kakak macam tu..akak menjeritlah"
"kakak, kakak nak jatuh..saya nampak!" ketawa Najari terbahak-bahak. Aku pula menggigil tangan kaki menahan malu dan takut.
"geram betullah aku dengan budak ni..dia yang buat bising dia kata aku pulak..."
"kakak, kalau kakak bising...nanti hantu dalam rumah sewang lari..nanti amek, abe marah.."
"lari pergi mana?" tanya aku lagi.
"lari pergi kat kakak lah..."sambung Najari.
"ish, awak ni...janganlah kata macam tu, kakak pun takut jugak.."
"saya pun takutlah kak.." zoom Najari berlari laju, sekali lagi meninggalkan aku. tanpa melengahkan masa lagi, aku pun memasang kuda-kuda mengikuti jejak Najari.
Setelah memesan kepada isi rumah yang pertama, sekali lagi Najari menemani aku ke rumah seterusnya.Berbekalkan lampu suluh yang malap aku berjalan bersama Najari mampu menghilangkan ketakutan yang bermain di minda.
"Kakak, jangan suluh lampu la.."kata Najari.
"Kenapa?"
"rumah sewang tu tak mahu ada cahay...nanti hantu lari"
"eh, awak ni...jangan cakap lagi pasal hantu lah..." bantahku.
"betul kakak, kalau hantu nampak lampu, dia akan ikut lampu..nanti dia ikut kakak..."
Lampu suluh yang sedia kala malap, aku tutup terus dek kerana ikut kata-kata Najari. Berjalan dalam gelap bukan mudah, ada saja tak kena. tersadung batu, tersepak papan, terpegang Najari, sampaikan Najari berlari dalam gelap meninggalkanku keseorangan. Aku hanya mampu bertawakal. Oleh sebab itu, aku terus membatalkan niatku untuk ke setiap rumah angkat.
Aku betul-betul tidak percaya pada diriku sendiri yang akur pada permintaan budak kecil yang berusia ( tahun. Najari sangat mempengaruhi aku ketika itu. Malu aku padanya.
::We Observe We Experience We Lend a Hand:: by: bisikanrahsia
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, program yang lalu telah selamat menjadi kenangan yang abadi. Kampung yang mana telah lama COMRADE tinggalkan menjadi sebuah kampung yang semakin mantap dari segi fizikal dan rohani mahupun sillarturrahimnya. Kami yang bersama-sama menjalani program ini terasa begitu seronok dan gembira setelah mengenali ramai muka-muka baru yang datangnya dari seluruh pelosok Semenanjung Malaysia di samping penduduk kampung Tuel juga. Semua jemaah yang hadir di dalam program tersebut adalah yang terhebat. Saya bangga dengan mereka yang mudah untuk berkomunikasi sesama sesiapa sahaja sama ada Orang Kampung mahupun Orang Luar.
Bercerita dari sudut KAMI yang mana diberi tugas untuk menjaga adik-adik di sana:
perasaan pertama yang saya boleh katakan adalah-rindu
perasaan kedua pula saya terasa-gembira
perasaan ketiga pula, saya seperti ingin-menangis
kemudian-bercampur bauk bak rojak/pasembor
secara jujurnya saya sangat sayang dan rindukan adik-adik di Tuel. Mereka sangat ramah dan aktif. Mereka juga begitu teruja ingin bersama-sama pelajar seperti kami. Sungguh, saya menyedari bahawa mereka kekurangan kasih sayang daripada orang luar seperti kami.
terkenang kembali apabila seorang adik bertanya pada saya
"kakak, kenapa nak balik? kakak tinggal sini la.."
Tiba-tiba, saya terkaku tanpa bicara. Saya diam. Bukan kerana jawapan yang di minta tetapi kerana saya sendiri yang tidak pernah terfikir akan soalan itu. Kemudian, saya terus berlalu. Ketika itu terasa sungguh kejam.
Pada satu hari, sedang saya bermain-main bersama mereka, datang seorang adik bernama Hasnan berdiri tegak di hadapan saya sambil memegang belon. Saya bertanya "kenapa?" dan tanpa berkata dia menghulurkan belon itu kepada saya. Saya tersengih kambing lah apa lagi. Ucapan terima kasih diganti dengan senyuman hingga ke telingga. Beberapa minit selepas itu, seorang adik yang sedikit nakal berebut-rebut belon itu dengan saya. Saya tetap mempertahankan hak saya. "jangan harap korang dapat belon aku" kata saya dalam hati. namun, malang sungguh apabila mereka memecahkan belon saya itu. Saya seakan-akan mahu mengalirkan mutiara dari bibir mata tapi saya bertahan. Malah, sekali lagi Hasnan datang memberi belon baru kepada saya dan tersenyum giranaglah saya sambil mata saya juga turut tersenyum. "Oowwhh, tiiiiiidaaakkkk!!!! baiknya dia"
Serius, saya sedih apabila meninggalkan mereka. Saya terlihat air-air jernih mengalir dari bibir mata mereka di saat-saat keberangkatan kami. terngiang-ngiang lagi kata-kata seorang adik "kakak, jangan lupa pada saya ya..!!"
"tidak, kakak tak akan lupa adik-adik semua. Kakak sayang semua."
"Armi sayang kakak,armi sayang kakak"
Menderu air mata saya turun di pipi. Saya sayang sangat pada mereka