Orang Asli Info


Suku kaum orang asli di Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama, antaranya Negrito, Senoi dan Melayu Proto.


NEGRITO


  • KENSIU. Tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling, Kedah. Suatu ketika dahulu orang Kensiu suka berpindah-randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuaan kepada rakyat, kini orang Kensui sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan agar setanding dengan masyarakat umum. Hanya terdapat sebuah perkampungan orang Kensui di Baling, iaitu Kampong Lubuk Legong. Pada masa ini Lubuk Legong telah di lengkapi dengan kemudahan bekalan elektrik, bekalan air dan prasarana lain seperti balai raya dan tadika. Punca pendapatan utama adalah hasil tanaman getah yang dibangunkan oleh RISDA dengan kerjasama JHEOA.

  • KINTAK. Komuniti ini tinggal di kawasan pinggir hutan di daerah Grik, Hulu Perak. Suatu ketika dahulu orang Kintak juga seperti KENSIU yang suka berpindah mencari makanan. Orang Kintak sudah ada kampung halaman mereka dan cuba mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

  • LANOH. Tinggal di kawasan pendalaman daerah Hulu Perak juga menyamai dengan kehidupan Orang Kintak.

  • JAHAI. Merupakan satu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Melayu Proto (Melayu Asli) . Mereka tinggal di kawasan Hulu Perak iaitu di Banun, Sungai Tiang dan pesisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan. Pada amnya rupa paras Jahai seakan-akan Habsyi atau Negro di Afrika, kaum Andaman dan Aeta di Filipina. Kebanyakan mereka tinggal di kuala sungai dan pesisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku ini suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah randah. Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk. Sekarang ini amalan pindah randah sudah berkurangan kerana mereka mendapat bantuan dari kerajaan.

  • MENDRIQ. Tinggal di kawasan pedalaman Kelantan dan suka mengamalkan pindah randah untuk mendapatkan bekalan makanan. Mereka dikesan di kawasan Gua Musang.

  • BATEQ. Tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, Barat Terengganu dan selatan Kelantan. Mereka juga suatu ketika dahulu suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk bekalan makanan. Menurut sumber, di Pahang terdapat tujuh buah kampung Bateq, lima buah di daerah Lipis dan dua di Jerantut.


SENOI

  • TEMIAR. Pemilihan penempatan suku bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'berhalaq' (jampi) atau mimpi. Tempat yang didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti merbau dan sebagainya. Meraeka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya kerana ditakuti berpenunggu. Kawasan air terjun dan sungai juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri yang menunggu. Mereka membina rumah selain daripada kayu keras secara bergotong royong. Di peringkat awl petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama di rumah tersebut barulah mereka akan pindah ke rumah sendiri. Mereka bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuhan hutan untuk menyara keluarga mereka.

  • SEMOI. Tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukan jumlah mereka meningkat lebih daripada 42000 orang dan merupakan suku kaum orang asli yang terbesar jumlahnya. Meraka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya didiami di antara 60 hingga 300 penduduk yang diketua oleh seorang penghulu atau batin yang dilantik daripada golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.

  • SEMOQ BERI. Tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Mereka juga mengamalkan hidup pindah randah suatu ketika dahulu untuk mencari makanan.

  • JAHUT. Terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Pahang. Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan menanam padi huma, jagung dan ubi.

  • MAH MERI. Bermakna 'orang hutan' manakala dalam istilah Mah Meri disebut 'bersisik'. Mereka juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat tentang asal usul mereka. Bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai Selangor kerana lari daripada musuh. Kini mereka telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil daripada percampuran dengan masyarakat lain.

  • CHE WONG. Tinggal di kawasan pinggir daerah Raub dan Temerloh, Pahang.