📢 Jual Rumah?
Bukan Setakat Letak Iklan & Tunggu!
📢 Jual Rumah?
Bukan Setakat Letak Iklan & Tunggu!
“Nak jual rumah bukan sekadar letak iklan dan tunggu orang datang beli. Hakikatnya, proses jual rumah melibatkan banyak perkara penting yang ramai tak tahu. Bermula dari semakan geran, pastikan tiada sekatan atau bebanan, tentukan harga pasaran yang sesuai, urus dokumentasi, jumpa pembeli yang betul-betul layak, hinggalah ke proses guaman dan serah kunci.
Semua ni ambil masa, perlukan ilmu dan pengalaman. Sebab tu pentingnya ada ejen hartanah yang bertauliah untuk bantu urus dari A sampai Z. Tak perlu pening, tak perlu risau dokumen atau prosedur. Ejen bantu mudahkan semuanya supaya pemilik rumah dapat jual dengan tenang, pembeli pun rasa yakin.
Kalau anda tengah rancang nak jual rumah, boleh je PM saya untuk semakan awal secara percuma.”
(Untuk Pemilik Hartanah)
1. Semak Kelayakan & Status Rumah
• Jenis geran (Individual/Strata)
• Bebanan (gadaian, caveat, tunggakan)
2. Tentukan Harga Pasaran
• Semak harga semasa di kawasan rumah
• Dapatkan bantuan ejen atau penilai bertauliah
3. Sediakan Dokumen Penting
• Salinan geran
• Salinan IC
• Bil cukai, cukai pintu, penyata bank (jika perlu)
4. Lantik Ejen Hartanah Berdaftar
• Ejen bantu buat marketing, screening pembeli dan urus dokumentasi
5. Proses Jualan Bermula
• Iklan & lawatan pembeli
• Rundingan harga
• Tandatangan Letter of Offer (LO)
6. Proses Guaman & Bank
• Tandatangan S&P
• Pembeli buat pinjaman
• Proses pindah milik & pelepasan gadaian (jika ada)
7. Penyerahan Kunci & Pembayaran
• Penjual serah kunci bila full payment selesai
• Terima baki bayaran hasil jualan
Harga tidak realistik : Menetapkan harga terlalu tinggi boleh menyebabkan rumah sukar dijual.
Dokumen tidak lengkap : Pastikan semua dokumen tersedia untuk mengelakkan kelewatan.
Tidak menggunakan ejen berdaftar : Gunakan khidmat ejen hartanah yang berdaftar untuk memastikan proses berjalan lancar dan mengelakkan sebarang penipuan dalam transaksi terutamanya berurusan dengan Broker Haram/Individu Tidak Bertauliah/Ejen Tidak Berdaftar.
Kelebihan Ejen Hartanah Berdaftar:
a) Membantu menetapkan harga yang sesuai.
b) Menguruskan dari permulaan proses sehingga serahan kunci.
c) Menyediakan nasihat profesional sepanjang proses jualan.
d) Mempercepatkan proses penjualan berdasarkan teknik pemasaran yang lebih efektif dan jaringan ‘potential buyer’ lebih ramai.
e) Mengurangkan risiko Scam/Fraud dan Urusan lebih selamat dari segi undang-undang.
f) Jaringan kerjasama yang lebih luas antara pihak Bank, Penilai, Peguam Hartanah dan pihak-pihak lain.
g) Info tambahan: Pastikan Ejen berdaftar di bawah LPPEH, ada REN/PEA/REA tag dan nombor pendaftaran. Boleh semak status ejen melalui website BOVAEAP (https://search.lppeh.gov.my/)
Membeli rumah bukan lagi satu mimpi yang mustahil.
Dengan ilmu, perancangan dan tindakan yang betul, anda boleh memiliki rumah impian sendiri dengan lebih mudah, selamat dan berbaloi.