Tip & Panduan Lengkap Membeli Rumah
Tip & Panduan Lengkap Membeli Rumah
“Impian untuk memiliki rumah sendiri bukan sekadar tentang bata dan simen, tapi tentang mencipta ruang yang penuh makna. Tempat anak membesar, tempat keluarga berkumpul, dan tempat kita temui ketenangan selepas dunia luar yang sibuk. Usaha hari ini, insyaAllah akan bawa ke pintu rumah impian.”
“Rumah impian tak semestinya besar dan mewah. Ia adalah tempat di mana kita rasa aman, tenang dan selamat. Rumah yang dibina dari titik peluh, diiringi doa dan harapan. Setiap sudutnya ada cerita, dan setiap ruangnya ada erti.”
TIPs & PANDUAN LENGKAP MEMBELI RUMAH
1. Semak Kelayakan Kewangan
• Semak kelayakan pinjaman (DSR: Debt Service Ratio)
• Dapatkan pre-approval daripada bank
• Pastikan ada simpanan sekurang-kurangnya 10% dari harga rumah (untuk deposit & kos sampingan)
2. Tentukan Jenis & Lokasi Rumah
• Nak rumah landed atau high-rise (kondominium/flat)?
• Lokasi strategik – dekat tempat kerja, sekolah, hospital, kedai
• Tengok potensi kawasan tu untuk naik nilai
3. Faham Kos-Kos Sampingan
• Booking fee (biasanya 3%)
• Yuran guaman & duti setem
• Kos penilaian & insurans
• Bayaran MRTT/MLTT (perlindungan pinjaman rumah)
4. Gunakan Khidmat Ejen Hartanah Berdaftar
• Ejen bantu carikan rumah ikut bajet
• Boleh bantu urus dokumentasi & rundingan harga
• Pastikan ejen sah & berdaftar dengan LPPEH
5. Semak Keadaan Fizikal Rumah (Snag List)
• Untuk rumah subsale – periksa keadaan rumah
• Untuk rumah baru – pastikan tiada kerosakan sebelum serah kunci
6. Fahami Proses Perjanjian & Pinjaman
• Tandatangan SPA (Sales & Purchase Agreement)
• Mohon pinjaman perumahan (Bank/LPPSA)
• Proses peguam, bank & LHDN akan ambil masa sekitar 3 bulan
7. Perancangan Jangka Panjang
• Rumah untuk duduk sendiri atau pelaburan?
• Kaji potensi sewa & pertumbuhan nilai hartanah
• Pastikan bayaran bulanan konsisten dengan gaya hidup
1. “Kalau saya tiada slip gaji, bolehkah saya beli rumah?”
✅ Ya, boleh! Anda masih berpeluang memiliki rumah dengan menggunakan penyata bank, penyata KWSP, atau rekod pendapatan lain sebagai bukti kewangan.
2. “Perlu ke guna ejen hartanah?”
🤝 Tidak wajib, tapi sangat digalakkan. Ejen berpengalaman boleh bantu anda elak rumah bermasalah, urus dokumen dan runding harga dengan lebih yakin.
3. “Berapa anggaran kos tambahan semasa beli rumah?”
💰 Antara kos lain yang perlu disediakan termasuk:
– Yuran guaman
– Duti setem
– Yuran penilaian
– Insurans MRTA/MRTT
– Booking fee (jika ada)
4. “Boleh ke guna KWSP untuk beli rumah?”
✅ Boleh! Anda boleh guna Akaun 2 KWSP untuk bayar deposit atau bantu kurangkan jumlah pinjaman perumahan.
5. “Apa beza rumah subsale, undercon dan lelong?” 🏘️
Subsale: Rumah sedia ada (lebih cepat dapat kunci, tapi kena sediakan lebih kos awal
Undercon: Rumah masih dibina (selalunya ada promosi & diskaun, tapi ambil masa siap)
Lelong: Harga lebih rendah, tapi perlukan lebih ilmu & risiko tinggi
6. “Berapa lama proses beli rumah biasanya ambil?”
⏳ 3 hingga 6 bulan, bergantung pada kelulusan pinjaman, kelengkapan dokumen dan urusan guaman.
7. “Kalau saya ada komitmen tinggi, masih boleh mohon loan?”
📉 Boleh cuba! Tapi bank akan nilai Debt Service Ratio (DSR) anda. Jika tinggi, mungkin kena kurangkan komitmen sedia ada atau beli rumah dengan pasangan.
8. “Macam mana nak tahu saya layak beli rumah berapa harga?”
📊 Boleh semak dengan banker atau ejen hartanah. Kelayakan bergantung pada gaji bersih, komitmen bulanan dan rekod CCRIS.
Membeli rumah bukan lagi mimpi yang mustahil.
Dengan bimbingan yang tepat dan perancangan yang bijak, rumah pertama anda boleh jadi milik anda lebih cepat dari yang disangka.