Bagi Penjual Rumah:
1. Menentukan Harga Jualan yang Realistik
Ejen akan buat analisa pasaran berdasarkan harga rumah lain di kawasan yang sama. Ini penting supaya rumah tidak terlebih harga dan sukar dijual, atau terlalu murah hingga merugikan pemilik.
2. Strategi Pemasaran yang Efektif
Ejen akan bantu iklankan rumah melalui pelbagai saluran . Media sosial, portal hartanah, senarai pembeli sedia ada, serta kaedah pemasaran kreatif seperti video & gambar profesional.
3. Menguruskan Lawatan Rumah (Viewing)
Ejen akan aturkan sesi lawatan dengan prospek pembeli dan bantu sediakan rumah supaya kelihatan menarik & kemas, meningkatkan peluang untuk dijual.
4. Tapis dan Kenal Pasti Pembeli Yang Serius
Ejen akan semak kelayakan pembeli seperti slip gaji dan kelulusan awal pinjaman untuk pastikan mereka benar-benar mampu membeli rumah tersebut.
5. Urusan Dokumentasi & Prosedur Perundangan
Segala borang, perjanjian dan dokumen akan diuruskan oleh ejen bersama peguam yang bertauliah. Ini memudahkan penjual yang mungkin tidak biasa dengan proses undang-undang hartanah.
Bagi Pembeli Rumah:
1. Pencarian Rumah Mengikut Kriteria
Ejen akan bantu kenalpasti rumah yang sesuai dengan bajet, lokasi pilihan dan keperluan keluarga, menjimatkan masa pembeli daripada mencari sendiri tanpa arah.
2. Semakan Kelayakan Pinjaman Awal (Loan Eligibility)
Ejen boleh bantu buat semakan kelayakan loan awal secara percuma, supaya pembeli tahu bajet sebenar mereka dan tidak kecewa di pertengahan proses.
3. Runding Harga dan Terma yang Adil
Ejen bertindak sebagai perunding yang mahir dalam mendapatkan harga terbaik dan terma jual beli yang adil bagi pihak pembeli.
4. Bimbingan Sepanjang Proses Membeli
Dari deposit, surat tawaran, permohonan pinjaman hingga serahan kunci. Ejen akan bantu setiap langkah.
5. Hubungan dengan Bank dan Peguam
Ejen akan bantu urus komunikasi dengan pihak bank dan peguam, mempercepatkan proses dan mengurangkan kesilapan dokumen.
Hubungi CikPija Melalui Whatapp
Saya Nak Jual Rumah
Saya Nak Beli Rumah