Saya CikPija, merupakan seorang Perunding Hartanah Berdaftar di bawah agensi Legacy Real Property Sdn. Bhd.
Dengan lebih 12 tahun pengalaman dalam dunia jualan, saya kini menumpukan kepakaran saya dalam bidang hartanah membantu pemilik dan pembeli menguruskan urusan jual beli hartanah secara lebih tersusun, selamat dan menguntungkan.
Saya percaya setiap hartanah ada cerita dan cabarannya yang tersendiri. Sama ada berkaitan status hak milik, keadaan pasaran semasa, atau tahap kewangan pembeli saya sedia membantu dengan pendekatan yang profesional, telus dan penuh integriti.
Dengan pengalaman luas serta sokongan pasukan yang berdedikasi, saya komited untuk memastikan setiap urusan hartanah anda berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir.