Saya mengalakan kehadiran penuh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan pembudayaan inovasi dalam kalangan pelajar dalam menyuntik idea, kreativiti dan pembangunan teknologi. Cetusan aktiviti merentasi kurikulum dan flipped classroom dapat dilihat dalam penciptaan hasil produk dan idea baharu. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan berdasarkan pendekatan holistik ini bukan sahaja membantu iklim pengajaran bahasa secara holistik dan natural, tetapi juga berupaya memupuk potensi diri pelajar secara seimbang dan menyeluruh. Pembelajaran pelajar diterapkan konsep penggabungjalinan dan penyerapan sebagai amalan yang harus dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan menggunakan pendekatan bersepadu iaitu penggabungjalinan kemahiran bahasa Melayu dengan kemahiran lain dan menyerapkan unsur-unsur lain ke dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti ilmu pengetahuan, nilai murni, kewarganegaraan, semangat patriotisme, peraturan sosiobudaya, kemahiran bernilai tambah.
Sebagai pendidik untuk membantu lebih ramai pelajar keluar daripada kepompong kemiskinan. Bermula dengan memotivasikan pelajar yang tidak mahu hadir bersekolah menunjukkan terdapat penurunan kadar ponteng sekolah dan penyiapan kerja yang tinggi, membimbing ibu bapa yang bersikap lepas tangan terhadap anak dan mendorong penglibatan secara langsung tidak langsung dalam apa jua perjumpaan atau acara bersama guru.